Laman Utama  //  Artikel KML

 

 

Program Roboweek 2012 yang berlangsung pada Sabtu, 17hb Mac yang lalu telah mendapat sambutan yang meriah. Program ini bertujuan membantu pelajar berfikir secara kreatif dan inovatif untuk menyelesaikan masalah sebenar kehidupan dengan mengaitkan konsep fizik dan sains komputer yang telah dipelajari. Peserta didapati tidak mudah berputus asa dan seronok untuk mengeksperimenkan pelbagai kaedah semasa mereka cipta robot yang mampu menyelesaikan masalah. Pertandingan ini adalah terbahagi kepada dua kategori yang utama iaitu Pertandingan RoboShow (Robot Game – Stair Climber) dan Pertandingan RoboTex (Animasi Flash Fizik). Pertandingan ini terbuka kepada pelajar dari seluruh KML termasuk semua Modul Sains dan Modul Perakaunan. Jumlah peserta adalah sebanyak 100 orang yang terbahagi kepada 10 pasukan. Seiring dengan program Roboweek ini, Karnival Kokurikulum dan Karnival Keusahawan turut jatuh pada tarikh yang sama.
Pertandingan RoboShow terbahagi kepada 2 slot iaitu slot pagi (8.00 am – 12.00 pm) dan slot petang (1.00 pm – 5.00 pm). Semua pasukan perlu mencipta Robot Stair Climber yang mampu membawa sebiji bola ping pong dan menaik 5 tangga serta menurun tangga dengan selamat. Bagi Pertandingan RoboTex pula, setiap pasukan perlu menyediakan sebuah animasi flash fizik berkaitan dengan konsep-konsep Fizik seperti Circular Motion, Capacitor, Magnetic Field, Electromagnetic Induction dan Newton’s Law. Setiap pasukan membentangkan hasil animasi masing-masing dan menjawab secara spontan soalan yang dikemukakan oleh hakim. Program Roboweek turut diserikan lagi dengan kehadiran VIP kita, iaitu En Kamarudin bin Mansur (Timbalan Pengarah), En Nazaruddin Zakaria (Ketua Sains Jabatan) dan En Mohd Yusri Abidin (Ketua Jabatan Matematik).
Majlis penyampaian hadiah Roboweek berlangsung seiring dengan Majlis Perasmian dan Penutupan Karnival Kokurikulum pada waktu malam Ahad, 18hb Mac. Majlis Penutupan Karnival Kokurikulum mencapai kemuncak semasa Timbalan Pengarah KML merasmikan majlis dengan suatu gimik robot. Johan keseluruhan Pertandingan Roboweek 2012 telah dimenangi oleh pasukan Robocrewz, Naib Johan ialah Transformer manakala Tempat Ketiga ialah Full Blast.

 

 

Sebagai alternatif kepada pelajar-pelajar yang tidak berkesempatan bertemu pensyarah biologi bagi bertanyakan soalan dan penerangan lanjut berkaitan topik-topik semester II sesi 2011/2012, Unit Biologi KML yang diketuai oleh En. Madlaju Balamu dan Penyelaras Program Kecemerlangan Biologi, Pn. Nor Khairani Jusoh berserta rakan-rakan pensyarah biologi telah mengadakan satu sesi Biology Grand Revision. Sesi ini membolehkan semua pelajar berjumpa dengan mana-mana pensyarah yang dikehendaki oleh pelajar tersebut. Sesi ini membawa pelajar membuat ulangkaji semua topik biologi dalam keadaan yang lebih santai dan tidak tertekan. Sesi yang telah dijalankan pada 3 April 2012 ini bertempat di bilik tutoran 1 hingga 14 bermula pada 8.00 malam dan tamat pada 10.00 malam.  Adalah diharapkan agar segala pengorbanan masa dan tenaga semua pensyarah yang sanggup meluangkan masa rehat bersama keluarga pada malam hari ini dapat diterjemahkan dengan kejayaan yang bakal dikecapi oleh semua pelajar biologi dalam Modul I dan Modul III. Terima kasih dan sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada semua warga Unit Biologi KML atas kerjasama yang telah ditunjukkan sepanjang semester II ini.

 

 

 

Bersempena perjumpaan bulanan  bersama Pengarah KML pada 31 Mac 2011, beberapa agenda telah diadakan seperti pembentangan hasil mesyuarat Kajian & Pembangunan (R&D) yang telah dihadiri oleh En. Usang Ngrambang di peringkat Bahagian Matrikulasi, sesi bercerita dalam Bahasa Inggeris Story of the Day oleh 5 pensyarah jemputan, pembentangan kajian personaliti dan peribadi pensyarah oleh Ketua Jabatan Sains serta ucapan oleh Timbalan Pengarah, En. Kamarudin Mansur serta ucapan penutup oleh Tuan Pengarah, En. Sawang Amit.

Sebagai persediaan pelajar menghadapi Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) II pada 17 April nanti, KML telah merancang program Cemerlang 1 KML yang juga merupakan penambahbaikan C1KML pada semester satu yang lalu. Program ini telah dirasmikan oleh Tn. Sawang. Adalah diharapkan agar program di bawah naungan Jabatan Sains ini dapat meneruskan kesinambungan kecemerlangan KML terdahulu. Pihak pengurusan, pensyarah dan semua staf KML mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar KML sesi 2011/2012.

 

 

Pelajar saling membantu di dalam kumpulan semasa menyiapkan soalan yang diberikan.

 

Unit Kimia Kolej Matrikulasi Labuan sekali lagi tampil dengan Chem Clique siri ketiga bagi semester kedua. Chem Clique berjaya dijalankan dalam waktu P&P amali Kimia di makmal atau bilik tutorial. Secara ringkasnya, Chem Clique ialah program menyelesaikan masalah berkaitan Kimia Organik secara berkumpulan. Tugasan yang diberikan menggabungkan beberapa konsep Kimia dari pelbagai tajuk yang telah dipelajari.

Implikasi positif menerusi program ini ialah pelajar dapat bekerja dalam kumpulan. Penyelesaian masalah organik secara kolektif berjaya membantu pelajar dalam menguasai konsep asas tindak balas kimia, kerjasama pelajar yang berprestasi tinggi membantu pelajar lemah dan penyertaan aktif di kalangan pelajar di dalam kelas. Konsep pembelajaran berpusatkan pelajar seperti ini amat memberi ransangan positif kepada pelajar. Pensyarah pula bertindak sebagai fasilitator dalam Chem Clique.

Unit Kimia amat berbesar hati kerana Chem Clique berjaya dilaksanakan dengan lancar. Jutaan terima kasih kepada semua pensyarah Unit Kimia dalam menjayakan Chem Clique dan terus mendorong pelajar agar gigih berusaha menghadapi PSPM II tidak lama lagi. Tahniah kepada para pensyarah dan para pelajar. Selamat Berjaya!

 
111212
Hari iniHari ini139
SemalamSemalam160
Minggu iniMinggu ini1028
Bulan iniBulan ini6878
Tertinggi 02-10-2020 : 677