Laman Utama  //  Artikel KML  //  Karnival Robotik Matrikulasi 2019

Karnival Robotik Matrikulasi 2019 telah dilaksanakan di Kolej Matrikulasi Labuan selama 2 hari berturut-turut daripada 24 hingga 25 Ogos dengan melibatkan beberapa buah agensi kerajaan, kolej-kolej matrikulasi  dan beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan. Terdapat tiga acara utama yang dipertandingkan pada hari kejadian iaitu pertandingan Maze Line Follower, The Makers dan Sumo.

Objektif pertandingan adalah ;

  1. Membangunkan dan mengukuhkan pemikiran kreatif dan kritis serta kemahiran sosial pelajar untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dan masa hadapan.
  2. Membantu para pelajar membina asas yang kukuh dalam bidang matematik, sains, teknologi, ICT dan rekacipta.
  3. Merangsang kreativiti pelajar menyelesaikan sesuatu masalah dan menggalakkan inovasi.
  4. Memupuk budaya kerja berpasukan dan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar.
  5. Menyahut hasrat Kementerian Pendidikan dalam melahirkan para pelajar yang inovatif.
  6. Mewujudkan modal insan yang berpengetahuan tinggi dan bertaraf kelas pertama.

Karnival dimulakan dengan ketibaan peserta wakil dari setiap kolej di Kolej Matrikulasi Labuan diteruskan dengan pendaftaran peserta di Dewan Mutiara. Tepat pada jam 2.00 hingga 3.30 petang peserta diberikan taklimat mengenai tentatif, peraturan pertandingan serta tempat penginapan.Karnival diteruskan dengan penyesuaian gelanggang oleh para peserta dengan bantuan fasilitator karnival yang telah ditetapkan. Acara pertandingan bagi Maze Line Follower dan Sumo bagi pusingan 1 dan 2 berlangsung pada jam 8.00 hingga 10.30 malam.

Pada hari terakhir karnival iaitu 25 Ogos 2019, pertandingan bagi pusingan 3,4,5 suku akhir, dan pusingan akhir bagi Maze Line Follower dan Sumo  diteruskan bersamaan dengan pertandingan The Makers dari setiap kolej.

Pada majlis penutupan Karnival Robotik 2019, satu majlis penghargaan dilangsungkan bagi memberi penghargaan kepada para pemenang dari setiap kategori yang dipertandingkan. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan En. Idris bin Omar diteruskan dengan ucapan daripada Pengarah BMKPM, Dr. Hajah Rosnarizah Bt. Abdul Halim.

Majlis bersurai selepas penyampaian hadiah dan cenderahati tepat pada jam 10.30 malam.

 

SENARAI PEMENANG

 

THE MAKERS

 Kedudukan

Nama Kolej Matrikulasi

Tajuk Inovasi

Tempat Keempat

Kolej Matrikulasi Labuan (KML)

Repeller

Tempat Ketiga

Kolej Matrikulasi Melaka (KMM)

REVOLTERA SINK & HIDROPONIK PINTAR

Naib Johan

Kolej Matrikulasi Perak (KMPk)

AnySmart

Johan

Kolej Matrikulasi Johor (KMJ)

SMART AQUAPONIC 2.0

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SUMO 

Johan - Kolej Matrikulasi Labuan (SparkMakerA) 

Naib Johan - Kolej Matrikulasi Kedah (TERMINATOR) 

Tempat Ketiga - Kolej Matrikulasi Melaka (Secret C)

Tempat Keempat - Kolej Matrikulasi Melaka (Secret D) 

 

MAZE LINE FOLLOWER 

Johan - Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSw 01) 

Naib Johan - Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (PMC Phinning) 

Tempat Ketiga - Kolej Matrikulasi Melaka (Secret A) 

Tempat Keempat - Kolej Matrikulasi Labuan (Code X) 

 

 

 

[Click untuk lihat Galeri Gambar]

 

 

111213
Hari iniHari ini154
SemalamSemalam160
Minggu iniMinggu ini1043
Bulan iniBulan ini6893
Tertinggi 02-10-2020 : 677