Laman Utama  //  Artikel KML  //  Karnival Permainan Rakyat

7/9/2019 - Karnival Permainan Rakyat yang dianjurkan oleh Jawatankuasa COE teah diadakan dengan meriah. Karnival yang diadakan disekitar kawasan kolej - Astaka, Dewan Mutiara dan Padang Kawad, adalah merupakan sebahagian daripada acara kebudayaan tahunan Jawatankuasa Centre of Excellence Kolej Matrikulasi Labuan.

Karnival ini bertujuan untuk memberi pengalaman dan pengenalan kepada para pelajar Kolej Matrikulasi Labuan yang berbilang bangsa mengenai permainan tradisional yang menjadi kebanggaan negara kita. Sekaligus, untuk mengangkat budaya permainan tradisional agar tidak lapuk ditelan zaman. Permainan tradisional adalah merupakan salah satu lambang kebudayaan bagi sesebuah masyarakat. Ianya dimulakan dan diperkenalkan terlebih awal oleh nenek moyang terdahulu dan diturunkan kepada generasi-generasi seterusnya sehingga sekarang. Permainan tradisional turut dikenali sebagai permainan rakyat. Sebilangan besar permainan rakyat masih lagi dimainkan sehingga kini. Namun, terdapat juga permainan rakyat yang tidak dimainkan lagi dan hanya diketahui oleh nenek moyang terdahulu. Antara permainan rakyat yang masih lagi dimainkan sehingga sekarang adalah seperti congkak, teng teng, wau, batu seremban, dan lain-lain.

Objektif karnival ini diadakah adalah untuk :

  1. Meningkatkan hubungan interpersonal antara penghuni blok pelajar Kolej Matrikulasi Labuan yang terlibat semasa pertandingan permainan tradisional.
  2. Mendedahkan mengenai permainan tradisional dalam kalangan pelajar Kolej Matrkulasi Labuan.
  3. Mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni dalam diri pelajar.


Berikut adalah permainan yang dipertandingkan :

Nama permainan

Kategori

Osom

Individu

Congkak

Individu

Teng teng

Individu

Batu seremban

Individu

Lompat getah

Berkumpulan

Dam aji

Berkumpulan

Konda kondi

Berkumpulan

Rebut tiang

Berkumpulan

Baling selipar

Berkumpulan

Galah panjang

Berkumpulan

Guli

Individu

Tarik tali

Berkumpulan

Terompah gergasi

Berkumpulan

Wau – rekacipta

Berkumpulan

Wau - terbangkan

Berkumpulan

Pukul berapa datuk harimau

Berkumpulan

 

Klik untuk lihat galeri gambar

111213
Hari iniHari ini153
SemalamSemalam160
Minggu iniMinggu ini1042
Bulan iniBulan ini6892
Tertinggi 02-10-2020 : 677