Laman Utama  //  Artikel KML  //  Team Samothrace Kolej Matrikulasi Labuan Johan kategori Poster dan Persembahan Multimedia.

Pertandingan International UTM Bridge Model Competition yang telah berlangsung pada 22-25 September telah dianjurkan oleh School of Civil Engineering, Universiti Teknologi Malaysia dan telah berlangsung di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Sebanyak 84 pasukan bagi kategori Institut Pengajian Tinggi(IPT) telah terpilih untuk menyertai pertandingan tersebut di mana pesertanya terdiri daripada pelbagai negara Seperti Indonesia, Australia dan Malaysia.

Team Samothrace daripada Kolej Matrikulasi Labuan buat julung kalinya telah menyertai pertandingan ini. Menurut pensyarah pembimbing En. Subramaniam A/L Jahanadan pasukan Samothrace ini telah dianggotai oleh Ting Kee Hua, Jason Wong Meng Jie, Wong Hsin Hui, Kelvin Tiong Ing Leong yang diketuai oleh Chiang Yong Jie dan diiringi oleh Cik. Siti Nur Shuhaida Hashim.

Daripada beberapa kategori yang dipertandingkan Team Samothrace telah muncul sebagai Johan bagi kategori Poster dan Persembahan Multimedia. Jambatan bernama Winged Victory juga telah memenangi Anugerah Emas di kalangan sepuluh reka bentuk jambatan terbaik yang dipertandingkan. Team Samothrace juga telah berjaya mendapatkan tempat kelima bagi kategori keseluruhan untuk Peringkat IPT Antarabangsa di mana Johan dimenangi oleh University Of Indonesia dan tempat kedua dimenangi oleh tuan rumah iaitu UTM dan tempat ketiga dan keempat dimenangi Oleh USM.

   
         
   

 

111213
Hari iniHari ini147
SemalamSemalam160
Minggu iniMinggu ini1036
Bulan iniBulan ini6886
Tertinggi 02-10-2020 : 677