Laman Utama  //  Artikel KML  //  Webinar Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) 2020

25 September 2020 –  Kolej Matrikulasi Labuan telah menjayakan Webinar Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) 2020 melalui aplikasi Google Meet yang disempurnakan oleh Pengarah KML sendiri iaitu En Mohd Idris bin Omar.  Webinar ini  disiarkan secara atas talian kepada semua peserta webinar yang merupakan staf Kolej Matrikulai Labuan sebagai satu kaedah perkongsian dalaman organisasi. Tema webinar bagi tahun 2020 adalah selari dengan tema PLC Peringkat BMKPM iaitu “Memacu Pengajaran dan Pembelajaran ke arah Ekosistem Digital”. Webinar ini adalah satu platfom perkongsian yang memberi peluang kepada warga KML untuk berkolaborasi dan mewujudkan jaringan strategik bagi meningkat kualiti amalan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk penyelidikan. Seramai lapan orang pembentang dengan sembilan laporan PLC telah dibentangkan mewakili pelbagai bidang akademik seperti English, Sains Komputer, Biologi, Kimia, Fizik, dan Kokurikulum. Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pembentang dan JK penganjur Webinar PLC 2020 peringkat KML atas usaha dan sumbangan yang dicurahkan. Harapan kita semoga PLC ini akan dapat mencapai matlamat yang dinyatakan iaitu meningkatkan kualiti pdp pensyarah kolej matrikulasi yang menekankan pdp berpusatkan pelajar dalam ekosistem digital sebagai satu usaha menghadapi gelombang revolusi industry 4.0

     
             
     

 

 

110536
Hari iniHari ini116
SemalamSemalam282
Minggu iniMinggu ini1785
Bulan iniBulan ini116
Tertinggi 02-10-2020 : 677