Laman Utama  //  Artikel KML

Bahan Oleh :

Mohd Yusri Abidin

Ketika ini, ramai pelajar program matrikulasi sedang memikirkan kursus apa dan univerisiti mana yang bakal dipilih untuk kemasukan sesi 2014/2015 pada bulan September 2014 nanti. Tentunya ia bukan sahaja bergantung kepada minat dan citia-cita pelajar, ianya juga tertakluk kepada pencapaian akademik serta kokurikulum pelajar. Menurut kajian yang dijalankan oleh agensi penyelidikan Nielson ke atas golongan yang sedang mencari pekerjaan di Malaysia, aspek utama  yang dilihat ialah berkaitan dengan jumlah gaji. Manakala kajian yang dijalankan dari  Januari hingga Ogos 2013 oleh Jobstreet iaitu agensi yang menyediakan maklumat dan peluang pekerjaan terkenal di Asia Tenggara mendapati bahawa  10 kategori profesion teratas dari aspek gaji ialah  yang berasaskan teknikal atau sains. Calon pekerja dalam peringkat eksekutif yang mengkhusus dalam bidang seperti  Perubatan, Kejuruteraan, Kewangan dan IT mendapat pendapatan purata RM2800 sebulan.

Pekerja muda  lepasan ijazah secara purata boleh mendapat gaji bulanan permulaan sebanyak RM1500 hingga RM3600 dan secara purata adalah pada jumlah RM2100. Manakala lulusan Farmasi  adalah tertinggi dengan gaji asas permulaan sebanyak RM3600. Eksekutif perancangan strategi di tempat kedua dengan gaji  mula iaitu RM3200. Ia diikuti oleh profesion sebagai Doktor (RM2719.00),Kejuruteraan /IT,Geophisics(RM2600),Penerbangan(RM2533),Sains Aktuarial (RM2475),Korporat(RM2456) dan Perisian IT (RM2452). Maklumat lanjut boleh diikuti di http://www.jobstreet.com.my/career-resources/top-10-best-paying-jobs-in-malaysia/#.UwVKA85tCSo.

 

Pada tarikh 1 Mac 2014 hari Sabtu ini, Unit Fizik Jabatan Sains akan menganjurkan program rasmi iaitu Physics Week 2014. Para pelajar fizik akan terlibat dalam 4 acara pertandingan iaitu Roboweek, Physics CID, ‘Bridge Building Competition’ (BBC) dan Pertandingan Roket Air. Roboweek merupai Pertandingan Robotik bertema Komodo Island. Physics CID pula merupakan pameran pelbagai ciptaan berkonsep fizik. Kedua-dua acara ini akan berlangsung di Dewan Mutiara KML.

‘Bridge Building Competition’ pula menguji kemahiran kejuruteraan pelajar membina jambatan yang stabil dan kuat. Kekuatan jambatan akan diuji dengan jumlah pemberat air yang dapat disokong. Pertandingan Roket Air pula mempunyai 2 kategori iaitu menghasilkan ‘Long Range Rocket’ dan ‘Hit Target Rocket’. Kedua-dua acara ini akan bertempat di Astaka dan Padang KML.

Kesemua acara di atas bermula serentak dari jam 8.00 pagi pada 1 Mac 2014 nanti. Jom melawat Physics Week 2014!