Laman Utama

Articles

‘Biology Grand Revision’ Mengakhiri Semester II 2011/2012

 

Sebagai alternatif kepada pelajar-pelajar yang tidak berkesempatan bertemu pensyarah biologi bagi bertanyakan soalan dan penerangan lanjut berkaitan topik-topik semester II sesi 2011/2012, Unit Biologi KML yang diketuai oleh En. Madlaju Balamu dan Penyelaras Program Kecemerlangan Biologi, Pn. Nor Khairani Jusoh berserta rakan-rakan pensyarah biologi telah mengadakan satu sesi Biology Grand Revision. Sesi ini membolehkan semua pelajar berjumpa dengan mana-mana pensyarah yang dikehendaki oleh pelajar tersebut. Sesi ini membawa pelajar membuat ulangkaji semua topik biologi dalam keadaan yang lebih santai dan tidak tertekan. Sesi yang telah dijalankan pada 3 April 2012 ini bertempat di bilik tutoran 1 hingga 14 bermula pada 8.00 malam dan tamat pada 10.00 malam.  Adalah diharapkan agar segala pengorbanan masa dan tenaga semua pensyarah yang sanggup meluangkan masa rehat bersama keluarga pada malam hari ini dapat diterjemahkan dengan kejayaan yang bakal dikecapi oleh semua pelajar biologi dalam Modul I dan Modul III. Terima kasih dan sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada semua warga Unit Biologi KML atas kerjasama yang telah ditunjukkan sepanjang semester II ini.