Laman Utama  //  Info Kolej Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

 

KAMI WARGA KOLEJ MATRIKULASI LABUAN DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK :

 

  • Merancang, mengendali dan menyelia segala aktiviti dan program yang ditetapkan oleh Bahagian Matrikulasi dengan cekap dan teratur.
  • Memastikan semua pelajar menamatkan pengajian dengan PNGK tidak kurang 2.0.
  • Memastikan bagi setiap mata pelajaran pengkhususan, sekurang-kurangnya 20% pelajar menamatkan setiap semester dengan pencapaian cemerlang.
  • Melahirkan pelajar yang berilmu dan berketrampilan, beramal, berpekerti mulia, kreatif serta bersikap positif bagi membolehkan mereka bersedia sepenuhnya sebagai mahasiswa / mahasiswi universiti.
  • Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif serta terbuka, mesra dan sentiasa prihatin terhadap pelajar.
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan kediaman yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan pengalaman perkhidmatan penyayang.
  • Memberi khidmat nasihat, bimbingan, kaunseling dan kerjaya dalam profesion dan gaya hidup secara jujur, bertanggungjawab serta berpandukan kepercayaan kepada Tuhan.
  • Memberi perkhidmatan pusat sumber dalam bentuk pinjaman, perundingan dan penghasilan media pendidikan kepada seluruh warga dengan mesra dan berkualiti.
  • Menyumbangkan khidmat kepakaran kepada pelanggan yang memerlukan.
  • Berusaha mengamalkan budaya kerja berkualiti dan permuafakatan yang mantap.
110500
Hari iniHari ini36
SemalamSemalam275
Minggu iniMinggu ini1423
Bulan iniBulan ini9168
Tertinggi 02-10-2020 : 677