Laman Utama  //  Info Kolej Utusan Pengarah  //  Artikel KML  //  Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi Semester 1 Sesi 2012/2013
Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi Semester 1 Sesi 2012/2013

11 Disember 2012, TAHNIAH! Merupakan ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan kegembiraan dan penghargaan kepada semua pelajar yang mencapai keputusan memberangsangkan apabila keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi Semester 1 diumumkan semalam. Penyerahan transkrip keputusan peperiksaan tersebut berlangsung di Dewan Mutiara, Kolej Matrikulasi Labuan.

          Daripada statistik yang diumumkan oleh Timbalan Pengarah KML, keputusan peperiksaan kali ini menunjukkan peningkatan yang boleh dibanggakan apabila mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Beberapa mata pelajaran PST seperti Biologi, Matematik Sains Perakaunan, Ekonomi dan Bahasa Inggeris telah melepasi MIN Bahagian Matrikulasi. Bagi mata pelajaran PDT pula, subjek Biologi, Matematik Sains, Kimia dan Sains Komputer juga telah melepasi MIN Bahagian Matrikulasi.

          Keputusan memberangsangkan ini adalah berikutan daripada usaha dan kerja keras semua pihak terutama sekali para pensyarah dan barisan pihak pengurusan yang sentiasa menyokong segala program kecemerlangan yang diadakan. Tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. Semoga keputusan yang cemerlang ini akan diteruskan pada sesi-sesi seterusnya dan menjadikan KML sebagai gedung ilmu yang gemilang.

Syabas dan Tahniah kepada para pelajar KML….

"gambar menunjukkan beberapa pelajar KML yang mendapat PNGK 4.00 PSPM semester I  2012/2013"

   
           
   
           
 
   
           
   
           
   

"gambar menunjukkan beberapa pelajar KML yang mendapat PNGK 4.00 PSPM semester I  2012/2013"