Laman Utama  //  Soalan Lazim Pendaftaran Pelajar   //  Pendaftaran Pelajar

FAQs - Pendaftaran Pelajar

Mulai sesi 2011/2012 surat tawaran tidak lagi dihantar kepada pelajar. Keputusan tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia boleh didapati di laman web BMKPM (www.moe.gov.my/bmkpm)

Berikut adalah disenaraikan barang-barang keperluan yang perlu dibawa semasa hari pendaftaran :

  1. Surat tawaran yang telah dicetak daripada laman web BMKPM
  2. Dokumen Peribadi Pelajar  yang dicetak daripada laman web BMKPM
  3. Borang Perjanjian yang dicetak daripada laman web BMKPM dan lengkap diisi
  4. Sediakan 2 keping SETEM HASIL, setiap satu bernilai RM10.00
  5. Slip Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai bukti yuran pendaftaran telah dibayar.
  6. Buku Akaun BANK RAKYAT untuk tujuan pembayaran wang saku.
  7. Pakaian kuliah harian (seperti yang dipaparkan dalam Laman Web KML)
  8. Pakaian dan kasut yang bersesuaian semasa sesi orientasi, bantal dan keperluan harian yang lain.

Sijil - sijil dan salinan sijil yang berkaitan.

Proses pendaftaran pelajar melibatkan :

  1. Pendaftaran online. (mis)
  2. Penerimaan Kad Matrik
  3. Penerimaan peralatan pelajar.
  4. Penerimaan kunci bilik asrama.

Kadar yuran Pendaftaran Matrikulasi KPM bagi sesi 2013/2014 adalah seperti berikut

>Jurusan Sains Program Satu Tahun (PST) : RM550.00

> Jurusan Perakaunan : RM480.00

> Program Dua Tahun ( PDT-Tahun Pertama ) : RM550.00

> Program Dua Tahun ( PDT-Tahun Kedua ): RM290.00

> Pelajar Tangguh Pengajian : RM 0.00

Tiada yuran pengajian dan yuran penginapan sepanjang tempoh pengajian. Yuran tersebut dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Surat tawaran tidak akan dihantar bagi sesi 2013/2014. Pelajar perlu mencetak surat tawaran melalui laman web BMKPM.. Pelajar perlu mendapatkan keputusan tawaran beserta maklumat lanjut melalui laman web BMKPM di alamat www.moe.gov.my/bmkpm/.

Pendaftaran pelajar baru bagi Program Satu Tahun (PST) ialah pada 19 Mei 2013

Pelajar diwajibkan untuk menginap di kolej-kolej kediaman (dormitories) yang terdapat di dalam kampus Kolej Matrikulasi Labuan sehingga tamat pengajian. Penginapan adalah PERCUMA.

Pelajar tidak boleh menangguh pendaftaran. Jika ada sebab yang kritikal dan munasabah, rayuan boleh dibuat secara bertulis kepada Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan sebelum hari pendaftaran.Maksimum penangguhan hanyalah 3 hari. Jika melebihi 3 hari, rayuan perlu dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi

Sila hubungi tempat - tempat berikut bagi tujuan penginapan :

           

HOTEL

TELEFON

Grand Dorsett Labuan

087 42200

Waterfront Labuan Financial Hotel

087 418111

Beta Servis Apartment

087 453333

Hotel Tiara Labuan

087 414300

Manikar Beach Resort & Spa

087 418700

Hotel Mariner

087 418822

Hotel Global

087 425201

Hotel Victorial

087 412411

Hotel Pulau Labuan

087 416288

Hotel Pulau Labuan (Branch)

087 422388

Hotel Pulau Labuan Inn

087 416833

Hotel Sara

087 415555

Hotel Ambassador

087 423233

Hotel Ambassador 2

087 581242

Hotel Asia

087 413605

Hotel Melati Inn

087 416307

Hotel Mellenium

087 422278

Hotel Oriental

087 419020

Hotel Pantai View

087 411339

Hotel Sky Global

087 431219

Hotel Southern

087 414211

Hotel Wilayah Inn

087 416833

One Hotel

087 451369

 

HOMESTAY

 

HOMESTAY

TELEFON

Bukit Kuda

013-8511907 (Tn.Hj Mustapha Tangkim)

Sungai Labu

016-8041147 (Tn Hj. Hassin @Hashim Abdullah)

Patau-patau Dua

016-8424981 (Tn Hj Sulaiman Wanchi)

 

Tindakan segera:
Berikut adalah disenaraikan perkara-perkara yang perlu diambil tindakan oleh pelajar sebelum mendaftar diri ke Kolej Matrikulasi LABUAN:

 

  1. Menyediakan yuran pendaftaran seperti yang ditetapkan dengan membayar yuran di Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan. Simpan slip bayaran untuk pengesahan semasa pendaftaran
  2. Membuka akaun  dan Kad ATM di BANK RAKYAT ( Jika belum mempunyai akaun BANK RAKYAT ) untuk tujuan elaun wang saku. Sila bawa buku akaun semasa pendaftaran bagi tujuan pembayaran elaun wang saku
  3. Melengkapkan Dokumen Peribadi Pelajar yang dicetak di laman web BMKPM. (www.moe.gov.my/bmkpm/)
  4. Melengkapkan Borang Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar Matrikulasi.yang dicetak di laman web BMKPM.
  5. Menyediakan setem hasil RM 10.00 x 2 keping.
  6. Menyediakan gambar berukuran passport (minimum 6 keping)
  7. Sediakan keperluan peribadi dan kekemasan diri
  8. Datang ke Kolej Matrikulasi Labuan pada tarikh yang ditetapkan untuk mendaftar.
  9. Kami mengalu-alukan kehadiran pelajar semasa sesi pendaftaran pelajar baru dengan pakaian dan imej anda sebagai pelajar. Sila patuhi etika pemakaian dan imej  anda.

Anda masih boleh ditawarkan program lain setelah mendaftar program matrikulasi

Tidak jika anda dapat mengemukakan bukti-bukti atau Laporan Perubatan dari pihak hospital kerajaan.

Pelajar Lelaki

  1. Dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang, bertali leher dan berseluar panjang (slack). Tali pinggang yang lebarnya tidak melebihi 3 sm.
  2. Seluar jeans tidak dibenarkan.
  3. Berkasut kulit / PVC.

 

Pelajar Perempuan

  1. Dikehendaki berpakaian kemas dan sopan.
  2. Seluar jeans, baju-T dan Skirt pendek  tidak dibenarkan.
  3. Berkasut kulit / PVC bertutup.

Program Satu Tahun (PST) – 2 semester. Jurusan Sains & Jurusan Perakaunan

Program Dua Tahun (PDT) – 4 semester. Jurusan Sains sahaja.

1. Jurusan Sains (PST dan PDT)

  • Modul 1 – Matematik, Kimia, Fizik, Biologi dan matapelajaran wajib
  • Modul II – Matematik, Kimia, Fizik, sains Komputer dan matapelajaran wajib
  • Modul III – Matematik, Kimia, Biologi, Sains Komputer dan matapelajarab wajib.
  •  

2. Jurusan Perakaunan – Perakaunan, Ekonomi, Pengurusan Perniagaan, matematik  dan matapelajaran wajib.

Tiada buku teks yang disediakan untuk pelajar

  1. Pertukaran Jurusan Sains kepada Perakaunan dibenarkan. Hantar surat rayuan kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi
  2. Pertukaran Jurusan Perakaunan kepada Sains TIDAK dibenarkan.
  3. Pertukaran Modul boleh dilakukan dengan membuat rayuan kepada Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan untuk dipertimbangkan
Laman Utama  //  Soalan Lazim Pendaftaran Pelajar   //  Pendaftaran Pelajar