Laman Utama  //  Unit Perpustakaan

ngimg0

 

.

Kata Aluan

Perpustakaan KML mulai beroperasi di Kampus Antarabangsa Labuan pada bulan Jun 1999 dengan hanya dua orang Pembantu Perpustakaan. Pada ketika itu, perpustakaan hanya beroperasi di sebuah bilik berkeluasan 30 meter persegi.

Pada tahun 2002, Kolej Matrikulasi Labuan yang dibina di Jalan OKK Daud, Kampung Merinding telah siap sepenuhnya dengan sebuah bangunan perpustakaan tiga aras. Perpustakaan ditempatkan di aras bawah dan aras satu yang berkeluasan 4000 meter persegi.

Pemindahan buku-buku perpustakaan dari Kampus Antarabangsa Labuan telah selesai sepenuhnya pada bulan April 2002. Pada bulan April 2002 juga, perpustakaan menerima tiga orang Pembantu Am Rendah. Seterusnya pada bulan Julai 2002, seorang Penolong Pegawai Perpustakaan ditempatkan di Perpustakaan diikuti oleh seorang Pustakawan pada bulan September 2002.

Kini, perpustakaan beroperasi dengan diketuai oleh seorang Pustakawan (S41), seorang Penolong Pustakawan (S32-KUP), dua (2) Pembantu Pustakawan (S22-KUP), empat (4) Pembantu Pustakawan (S19).

110499
Hari iniHari ini33
SemalamSemalam275
Minggu iniMinggu ini1420
Bulan iniBulan ini9165
Tertinggi 02-10-2020 : 677