Laman Utama  //  Unit Perpustakaan  //  Artikel KML  //  Jejak Inovasi KML 2012

Kolej Matrikulasi Labuan terus melangkah maju dari masa ke semasa. KML telah melibatkan diri dalam Pameran Inovasi yang telah diadakan di Kompleks Ujana Kewangan, Labuan pada 12 dan 13 Mei 2012. Jabatan Sains Kolej Matrikulasi Labuan telah mempamerkan satu inovasi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran subjek Fizik bertajuk 'Mobile Projectile'. Inovasi ini adalah salah satu inovasi bahan bantu mengajar (BBM) bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam bidang Fizik, dan telah terbukti dapat meningkatkan keputusan pelajar berdasarkan percubaan dan pemerhatian yang dibuat.

Pameran dan pertandingan inovasi ini adalah bersempena aktiviti Jejak Inovasi yang telah dijalankan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) WP Labuan dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Jejak Inovasi ini telah dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili dan turut disertai oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusuf Hj. Mahal, Ahli Dewan Negara Datuk Hj. Yunus Bin Hj. Kurus, Pengarah JPNIN W.P Labuan, Puan Mimie D. Selvakumar berserta pegawai tertinggi Perbadanan Labuan.