Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Unit Kaunseling Kerjaya mengucapkan salam perkenalan buat semua pelayar laman sesawang Kolej Matrikulasi Labuan. Unit Kaunseling Kerjaya , Kolej Matrikulasi Labuan merupakan salah satu unit di bawah Jabatan Pengurusan Pelajar (JPP) Kolej Matrikulasi Labuan. Unit ini dikendalikan oleh Pegawai Kaunseling merangkap Ketua Unit ini. Unit ini memainkan peranan yang cukup signifikan kepada sesebuah institusi pendidikan. Kaunselor berperanan cukup besar dalam mengembangkan segala potensi dan keupayaan para pelajar sehingga mencapai impak maksima dalam mendepani arus kehidupan yang mencabar. Unit ini membuka ruang yang luas kepada semua pelajar untuk mendapatkan segala perkhidmatan yang ditawarkan. Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia yang dicatatkan dalam buku Panduan Perlaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling menggariskan beberapa prinsip. Antaranya, bimbingan dan kaunseling adalah merupakan proses pendidikan, iaitu proses yang dirancang dan berterusan. Para pelajar dididik mempelajari pengalaman, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sesuai dengan masyarakat di Malaysia. Perkhidmatan yang diberi kepada para pelajar bagi mendapatkan peluang mendapatkan khidmat bimbingan dan kaunseling tanpa syarat. Ucapan penghargaan dan setinggi terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi kolej, para pensyarah dan juga seluruh warga kolej yang sentiasa memberikan sokongan dan menggembeleng tenaga dalam membantu Unit Kaunseling Kerjaya melaksanakan setiap aktiviti dan program kolej. Tanpa sokongan dan komitmen daripada semua pihak tidak mungkin unit ini akan dapat melaksanakan setiap aktiviti dan program dengan jayanya. Akhir kata, semoga unit ini akan terus memainkan perannnya sebagai jurutera insan dalam membentuk generasi mampan untuk negara pada masa hadapan. Zarina Sana OBJEKTIF UNIT KAUNSELING KERJAYA PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN UNIT KAUNSELING KERJAYA
Unit Kaunseling Kerjaya
KATA ALUAN
INFO UNIT