Kolej Matrikulasi Labuan dikelilingi oleh flora dan fauna serta menghadap Laut Cina Selatan yang terbentang luas. Sebelum ini menjalankan operasinya di Kompleks UMS - KAL sejak 1999 . Mulai Mac 2002 KML memulakan operasinya di kampus baru yang serba indah serta canggih di Kampus Merinding. Mempunyai keluasan lebih kurang 56.7 hektar merupakan keluasan yang sangat kondusif untuk membolehkan pelajar-pelajar dari pelbagai latar belakang dan etnik dari Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan serta semenanjung menjalani proses pembelajaran.
Perjalanan dari Lapangan Terbang Labuan lebih kurang 15 kilometer dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk sampai ke KML.
Dengan kehadiran KML di Kepulauan Borneo maka ianya menambahkan lagi bilangan institusi-institusi pengajian tinggi selain daripada UMS,UiTM dan UNIMAS. Kampus yang terletak di Pulau Labuan ini dihubungkan dengan Sabah dan Sarawak dengan jalan udara, air dan darat.
Kapasiti penuh warga pelajarnya ialah seramai 3000 orang. Pelbagai kemudahan tersedia untuk pelajar seperti Kolej Kediaman, Kafetaria, Dewan Kuliah, Bilik Tutorial, Makmal Sains, Makmal Bahasa, Makmal Komputer, Pusat Pembangunan Pelajar, One stop Centre, Pusat Sumber, Dewan Serbaguna, Kedai, Cyber cafe, ATM, Koperasi, kemudahan rawatan ke hospital, bas ke bandar, kompleks sukan, Surau, Cyber Remaja dan lain-lain yang berkonsepkan keselesaan dan kebajikan kepada warga pelajar