23 Mac 2023 - Program Kerana Diriku Berharga @ I Love Myself, Ā bersama pelajar Kolej Vokasional. Program ini dikendalikan oleh pegawai kaunseling KML bersama pelajar KV yang terdiri daripada pelajar Diploma dan Sijil seramai lebih kurang 400 orang pelajar. Objektif program adalah untuk memberi kesedaran kepentingan sayangi dan hargai diri agar tidak terlibat dalam gejala pergaulan bebas yang membawa keburukan diri serta masyarakat. Program ini disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik iaitu Encik Ts Irwan bin Maidin. Program berlangsung selama 2jam di Dewan Campin, Kolej Vokasional WP Labuan.
Pengumuman Terkini
Semua Pengumuman