Iftar Perdana Kolej Matrikulasi Labuan (KML) 2024 anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah berlansung pada 23 Mac 2024 bertempat di Dataran Kawad, KML. Iftar Perdana merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Kolej Matrikulasi Labuan setiap kali tibanya bulan Ramadhan Al Mubarak. Program ini menginspirasikan pembentukan jalinan ukhwah antara pelajar dengan semua warga kakitangan kolej dengan harapan keutuhan ukhwah sesama warga ini akan menerbitkan perpaduan seterusnya membina kecemerlangan visi dan misi Kolej tercinta ini.
Antara tujuan Iftar Perdana ini diadakan adalah untuk memberi peluang dan pengalaman kepada pelajar berbuka bersama rakan-rakan sekelas di samping mereka dapat berinteraksi sesama mereka. Selain itu juga, setiap pelajar jugak dalam mengetahui dan mengenali dengan lebih dekat mentor atau coach masing-masing. Selain berbuka puasa, majlis turut diisi dengan sesi berselawat sementara menunggu waktu berbuka.
Diharapkan Iftar Perdana dapat diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang bagi memberi peluang kepada warga Kolej Matrikulasi Labuan termasuk pelajar, pihak pengurusan, pensyarah dan staf merasai suasana berbuka puasa beramai-ramai di bulan Ramadhan.