Kempen Derma Darah telah diadakan pada 30 April 2024 bertempat di Perpustakaan Aras Bawah dari jam 9 pagi sehingga 2 petang. Kempen pada kali ini mensasarkan sebanyak 40 bag darah untuk diperolehi. Turut sama membantu dalam melaksanakan kempen ini adalah staf-staff dari Unit Perpustakaan.
Jabatan Patologi dan Perubatan Transfusi komited menjalankan program kempen derma darah secara konsisten dalam mengekalkan inventori bekalan darah untuk memenuhi keperluan semasa di Hospital Labuan.
Antara beberapa syarat untuk menderma adalah sihat tubuh badan, tidur yang cukup iaitu minima tidur 5 jam, berumur 18 tahun ke atas, dan hendaklah bersarapan terlebih dahulu sebelum menderma. Seramai 68 orang yang mendaftar untuk menjadi penderma pada kempen kali ini, tetapi hanya 42 sahaja jumlah beg darah yang diperolehi kerana jumlah yang tidak layak menderma adalah seramai 26 orang. Faktor tidak layak menderma kerana kurang berat badan dan kekurangan darah merah.
Sambutan dari pelajar dan warga kolej sangat menggalakkan. Secara keseluruhan, kempen berjalan dengan lancar dan baik. Cadangan untuk mengadakan kempen derma darah di Kolej Matrikulasi Labuan adalah sebanyak 2 kali dan telah diusulkan kepada pihak hospital.