Jawatankuasa PLC Kolej Matrikulasi Labuan telah menganjurkan Bengkel Perkongsian Ilmu Penulisan Laporan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC). Pakar PLC yang dijemput ialah Dr Balasandran A Ramiah merupakan Pensyarah Cemerlang Gred Khas C di Institut Aminuddin Baki cawangan Utara. Bengkel ini telah diadakan pada 19 April 2024 bermula 8.00 pagi hingga 4.00 petang secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet serta pelantar Youtube.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada para peserta PLC berkongsi ilmu bersama pakar dan mendalami asas penulisan laporan PLC yang berkualiti. Tambahan pula, para peserta PLC yang terdiri daripada kumpulan-kumpulan komuniti pembelajaran profesional yang ada di KML telah mendapat penilaian dan komentar daripada pakar penulisan pelaporan PLC.
Semoga bengkel yang dijalankan ini berupaya memberi manfaat yang besar kepada warga KML untuk mengangkat martabat pendidikan KML dalam menghadapi perubahan drastik serta pesat era globalisasi pada masa kini.