Program Bengkel Pemantapan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) ini telah diadakan pada 11-13 Jun 2024. Program ini dirancang untuk memperkukuhkan dan menyuburkan budaya, agar organisasi terus cemerlang dan berdaya saing dalam menjalankan tugas.
Antara objektif Program Bengkel Pemantapan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) ini ialah :
- Menguji tahap semangat berpasukan dikalangan Anggota Kumpulan Pelaksana
- Mengeratkan silaturahim dan hubungan sesame Anggota Kumpulan Pelaksana
- Membina keserasian dan tahap persefahaman yang tinggi dalam kalangan Anggota Kumpulan Pelaksana
- Meningkatkan motivasi diri dan semangat kerja berpasukan
- Melatih individu menangani sebarang bentuk situasi dan ketegangan
- Mengukuhkan jati diri dan sifat kepunyaan dalam organisasi
- Meningkatkan kualiti kerja dalam kumpulan
Pengisian aktiviti yang telah dijalankan dalam program yang berlangsung selama tiga hari ialah seperti perkongsian maklumat melalui slot ceramah motivasi dan kesihatan, hiking in nature dan aktiviti sukaneka.