LABUAN, 25 Julai (Bernama) -- Lebih 3,000 pelajar dan 250 pensyarah di Kolej Matrikulasi Labuan (KML) kini boleh menarik nafas lega apabila Sistem Penyaman Udara canggih bernilai RM6 juta suda siap dipasang.Ā
Projek kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan itu diserahkan secara rasmi kepada wakil daripada Kementerian Pendidikan Wan Mohd Rahim Yusof dalam satu majlis khas di Dewan Mutiara kolej berkenaan hari ini.
Pengarah JKR Labuan Ir Mohd Faizul Mohd Ali Hanapiah berkata projek yang dilaksanakan pada bulan Julai tahun lepas itu siap sepenuhnya pada 19 Jun lepas.
Sumber berita : Bernama