Unit Perpustakaan
KATA ALUAN
INFO PERPUSTAKAAN
- Pinjaman
- Peminjaman boleh dilakukan melalui pegawai yang bertugas di kaunter aras bawah.
- Pengguna hendaklah menunjukkan kad matrik semasa urusan peminjaman dibuat di kaunter.
- Tarikh pemulangan akan dicop di dalam buku.
- Buku hendaklah dikembalikan sebelum atau pada tarikh (dan masa) yang dicop pada buku atau slip peminjaman.
- Perpustakaan berhak memanggil buku yang dipinjam pada bila-bila masa atas keperluan tertentu. Buku yang dipinjam hendaklah dikembalikan segera sekiranya dipanggil oleh pihak Perpustakaan.
- Pembaharuan Pinjaman
- Pembaharuan pinjaman boleh dibuat melalui Kaunter Utama Perpustakaan.
- Pengguna boleh memperbaharui pinjaman sekali sahaja.
- Pembaharuan semula pinjaman tidak dibenarkan sekiranya buku tersebut telah ditempah oleh pengguna lain.
- Bilik Remaja Siber
- Bilik Remaja Siber menyediakan perkhidmatan untuk mengakses internet dan intranet. Pengguna juga dibenarkan menaip di bilik ini.
- Penggunaan dihadkan selama satu (1) jam sekali atas dasar āSiapa Datang Dahuluā (SDD).
- Penggunaan perisian persendirian tidak dibenarkan.
- Penggunaan perkhidmatan adalah tertakluk kepada panduan dan peraturan yang dipaparkan di pintu masuk bilik remaja siber.
- Bilik Tayangan / Audio Visual
- Tayangan filem hanya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
- Tayangan āVideo On Demandā
- Bilik ini menampung seramai 60 orang pada setiap sesi dan sesuai digunakan sebagai bilik taklimat.
- Bilik Perbincangan
- Terdapat 4 buah Bilik Perbincangan di Perpustakaan KML.
- Setiap bilik disediakan papan putih, kerusi dan meja perbincangan.
- Bilik perbincangan boleh menampung 8 orang pada setiap sesi.
- Penggunaan Bilik Perbincangan dilakukan dengan membuat tempahan terlebih dahulu.
- Ruang Penyelidikan & Pembangunan
- Perkhidmatan ini disediakan di dalam Kaunter Bintik Merah (Red Spot).
- Selain digunakan sebagai ruang penyelidikan, bilik ini juga boleh digunakan oleh pensyarah ketika membuat rujukan dan nota-nota syarahan.
- Sebuah computer dan sebuah meja mesyuarat dengan 6 tempat duduk disediakan di ruang ini.
- Ruang Bacaan Terbuka
- Ruang Bacaan Terbuka dilengkapi dengan kerusi, meja dan meja karel. Ruang bacaan di tingkat bawah dan atas boleh menampung sehingga 770 orang pada satu-satu masa.
- Terdapat empat buah kerusi pada setiap meja dan pengguna dilarang memindahkan kerusi.
- Ruang Pameran
- Ruang pameran ini turut mempamerkan maklumat-maklumat semasa melalui papan pameran yang terdapat di Perpustakaan.
- Ruang Santai
- Pengguna perpustakaan boleh berehat di kawasan ini kerana ruang ini menyediakan sofa dan meja kecil.
- Peralatan permainan seperti sahibba, scrabble, congkak dan catur boleh digunakan di ruang ini.