Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera
Ahamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan izinNya maka dapatlah kita bersama-sama mengatur strategi dalam melaksanakan amanah, tugas dan tanggungjawab  dengan ikhlas dan iltizam demi memartabatkan kecemerlangan Agama, Bangsa dan Negara.
Unit Pentadbiran dan Kewangan diketuai oleh Pegawai Eksekutif Kanan dan kakitangan di bawah jagaan adalah Pegawai Eksekutif, Penolong Akauntan , Ketua Pembantu Tadbir, Pembantu Tadbir, Pembantu Kewangan, Pegawai Khidmat Pelanggan , Pembantu Operasi dan Pemandu.
Objektif utama adalah menguruskan sumber manusia dengan memberikan perkhidmatan yang bermutu, berkualiti dan mesra pelanggan melalui kecekapan pentadbiran dan pengurusan rekod yang sistematik serta pengurusan kewangan yang berhemah.
Sejajar dengan perkembangan ICT dan media baru masa kini, dengan kewujudan laman rasmi ini dapat memberikan peluang kepada pelanggan Kolej Matrikulasi khususnya untuk mengenali dengan lebih dekat organisasi
Sekian, terima kasih.
MAKLUMAT UNITÂ Â
- Â Jumlah staf Unit Pentadbiran dan Kewangan keseluruhannya seramai 24 orang
- Â Berperanan mengendalikan, menguruskan segala keperluan, perkhidmatan staf dari mula pelantikan hingga persaraan.
- Â Bertanggungjawab dalam hal-hal kewangan, perolehan, aset dan pembangunan di kolej.
- Â Bertanggungjawab menjaga keselamatan staf, pelajar, hartabenda KML, kebersihan dan keceriaan kolej.
- Â Menerima dan menyelesaikan aduan pelanggan.
- Â Beroperasi mulai pukul 7:30 pagi hingga 6:00 petang.
 Terbahagi kepada dua fungsi yang utama, iaitu:
 FUNGSI UNIT PENTADBIRAN
- Menguruskan dan mengemaskini Buku Rekod Pekhidmatan
- Menguruskan dan mengemaskini maklumat dan hal-hal perjawatan.
- Bertanggungjawab menguruskan hal-hal perkhidmatan pegawai/staf kolej seperti urusan pelantikan, pertukaran, kenaikan pangkat/pemangkuan, peperiksaan/ prestasi, tatatertib, cuti dan persaraan/pencen.
- Menguruskan keperluan latihan dan kompentensi
- Menguruskan dan menyelia hal-hal berkaitan pentadbiran kolej , fail, dokumen rasmi, surat-menyurat, kuarters, tempahan kenderaan dan premis di kolej.
- Bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan pengurusan stor dan aset alih kolej dari aspek pendaftaran, penerimaan hingga pelupusan serta memastikan keselamatan aset dan harta benda kolej dipelihara dan dikawalselia.
- Menjadi urusetia perhimpunan bulanan kolej, mesyuarat-mesyuarat utama dan acara-acara serta majlis-majlis rasmi di kolej
- Menerima, menyelesaikan aduan dan pertanyaan pelanggan dan warga KML.
FUNGSI UNIT KEWANGAN
- Menyediakan laporan bulanan dan tahunan prestasi perbelanjaan kolej
- Menguruskan permohonan peruntukan kewangan, permohonan pindah peruntukan dan peruntukan tambahan
- Menyediakan belanjawan mengurus tahunan ABM dan pembangunan kolej
- Menyedia dan menguruskan bajet akaun amanah kolej
- Menerima dan memproses baucar bayaran tuntutan-tuntutan TNT/ELM dan lain-lain
- Menyelenggara proses penghantaran pesanan tempatan
- Menguruskan pembelian melalui sistem e-perolehan
- Menguruskan kutipan hasil & terima
- Memproses gaji
- Menguruskan pembayaran elaun wang saku pelajar
- Menjawab dan memberi maklumbalas pertanyaan audit
- Bertanggungjawab menguruskan perolehan kolej melalui tender, sebutharga, kontrak, pembelian terus dan panjar wang runcit.
- Menguruskan pakej latihan/kursus staf kolej dan pelajar.