LABUAN, 26 NOVEMBER 2022 ā LEMDA dan Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Labuan telah menganjurkan program 1st Labuan Mass CPR di Tunas Hijau, Labuan. Seramai 40 ahli Pembimbing Rakan Dinamik Kolej Matrikulasi Labuan bersama 3 guru pengiring telah menyertai program ini. Sedikit taklimat telah diberikan kepada 40 ahli PRD oleh Puan Zarina Binti Sana selaku guru pengiring untuk program ini di astaka pada pukul 4.30petang pada tarikh 24 November 2022 bersamaan hari khamis.
Peserta-peserta didedahkan dengan taklimat kepentingan CPR sebagai bantu mula sebelum bantuan dari pihak hospital tiba. Pihak penganjur juga menyediakan video-video yang bermanfaat untuk tontonan para peserta yang mengikuti program tersebut.
Simulasi CPR juga dijalankan pada hari tersebut. Setiap peserta, guru pengiring, Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam diberi sebiji bola yang lembut.
Semua peserta dan guru pengiring diminta untuk simulasi CPR dengan kadar tekanan 100-120 kali seminit dan menekan bola dengan tangan yang lurus sedalam 5cm ā 6cm. Setiap kontinjen dinilai oleh urus setia dari segi teknik-teknik yang betul. PRD KML telah memenangi tempat pertama semasa aktiviti ini.
Unit Kaunseling & Kerjaya berharap aktiviti ini boleh dianjurkan untuk semua pelajar dan pensyarah di Kolej Matrikulasi Labuan agar warga KML dapat memanfaatkan ilmu CPR ini di masa akan datang.
Ā | Ā | |||
Ā | Ā | Ā | Ā | Ā |
Ā | Ā | |||
Ā | Ā | Ā | Ā | Ā |
Ā | Ā |