LABUAN, 15 OGOS 2023 - Penerimaan medal perak daripada pihak pengajur Digit360, Digital Information Interest Group (DIGIT), dan College of Computing, Informatics, and Media, Universiti Teknologi Mara Kelantan Branch menandakan Virtual Innovation Competition (VIC23) telah melabuhkan tirai. Penjurian pertandingan inovasi ini berlangsung dari 8-15 Jun 2023. Kumpulan VTTCoach terdiri daripada tiga orang pensyarah Sains Komputer, Kolej Matrikulasi Labuan iaitu Chong Pei Yee selaku ketua kumpulan, Rafiah binti Ishak dan Filza Nurhanis binti Mohd Sazali telah berjaya meraih pingat perak melalui inovasi yang bertajuk āLearning Control Structure via VTTFlip and Emphasis Techniqueā bagi kategori Profesional.
Inovasi pengajaran dan pembelajaran dihasilkan dalam buku digital yang menggunakan aplikasi Flip Book. Kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam buku digital ini berfokuskan sub-topik repetition dalam bab pengaturcaraan. Kaedah Vertical Tracing Table (VTT) merupakan inovasi yang membolehkan pelajar yang āslow learnerā (aras pemahaman yang rendah) untuk memahami ācontrol structure repetitionā dan menghasilkan ātracing tableā yang betul. Aktiviti ini dilaksanakan semasa Program Peningkatan Akademik (PKA) unit di mana pelajar yang āslow learnerā (aras pemahaman yang rendah) dikumpulkan dalam satu dewan kuliah. Pelajar didedahkan dengan teknik VTT dan dibimbing langkah demi langkah. Dalam proses ini, pelajar diterapkan kemahiran penyelesaian masalah (problem solving skills). Manakala Emphasis Technique diterapkan melalui kaedah refleksi kendiri. Refleksi kendiri ini ditayangkan untuk membolehkan pelajar melihat kesilapan yang dilakukan dan memberi ingatan secara mendalam agar tidak mengulangi kesilapan tersebut. Persembahan inovasi berbentuk video untuk pertandingan inovasi boleh dicapai melaluiĀ http://booth.myvic.asia/x-video-exhibition.php?xid=1021&secID=f018a0e8cc5c70a70531c0a2fa8481c4
Perkongsian ilmu dalam Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) antara tiga orang pensyarah menghasilkan inovasi pengajaran dan pembelajaran yang telah mencapai objektif PLC iaitu pelajar belajar seterusnya membantu menjawab soalan. Semoga usaha ini memberi manfaat khususnya dalam membantu memudahkan pemahaman pelajar āslow learnerā dan umumnya kepada pensyarah unit.