Bersempena dengan persediaan menghadapi PSPM1, JK Program Akademik Unit Matematik bagi SDS Sains telah menjalankan dua program iaitu Bengkel Menjawab Soalan SM015 dan Pertandingan Clash of Mathematicians pada 24 ā 25 November 2023.
Bengkel Menjawab Soalan dijalankan pada 24 November 2023 bermula 2 petang selama 2 jam. Slot pertama dimulakan dengan perkongsian teknik menjawab bagi kertas SM015 oleh Pensyarah Kanan, Puan Aw Yang Ai Shin. Seterusnya, pelajar diberi masa selama 30 minit untuk menjawab 3 soalan Set Pra PSPM sebelum slot terakhir dijalankan. Pada slot yang terakhir, 9 langkah kerja pelajar diambil secara rawak dan dibincangkan mengikut cara pemarkahan kertas Matematik SM015 oleh Puan Farah Arina Binti Ibrahim. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai teknik menjawab yang betul dan cara pemarkahan sebenar bagi kertas Matematik SM015. Semoga perkongsian daripada bengkel ini dapat membantu para pelajar untuk menjawab kertas Matematik SM015 pada PSPM1 dengan cemerlang.
Pada 25 November 2023, Pertandingan Clash of Mathematicians (COM) dijalankan selaku penutup bagi Program Akademik SDS Sains, Raids of Mathematicians (ROM). Pertandingan ini melibatkan penyelesaian soalan secara subjektif berdasarkan silibus Matematik SM015 dan format PSPM. Pertandingan Clash of Mathematicians (COM) melibatkan 200 kumpulan yang mempunyai markah terkumpul yang tertinggi bagi Raids of Mathematicians (ROM). Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk menguji kefahaman pelajar dalam menyelesaikan soalan Matematik setelah selesai menyertai Program Raids of Mathematicians (ROM) sepanjang satu semester. Sehubungan itu, kesinambungan daripada program Raids of Mathematicians (ROM) dapat dinilai keberkesanan program tersebut dalam kalangan pelajar. Pertandingan ini mempunyai 6 pusingan iaitu Pusingan 1 hingga 3, Pusingan Suku Akhir, Pusingan Separuh Akhir dan Pusingan Akhir. Pusingan 1 sehingga Separuh Akhir hanya melibatkan sesi menjawab soalan oleh Mentor. Pada pusingan akhir, seorang mentee perlu melalui dua tugasan berbentuk permainan utk mencari soalan akhir dan diberikan kpd mentor masing-masing utk diselesaikan.
Bertemakan āLangkah Kilat, Hasil tepatā, di setiap pusingan, mentor perlu menjawab dengan pantas; dan jalan kerja yang betul dan lengkap akan berjaya mara ke pusingan seterusnya dan memenangi pusingan akhir. Daripada 20 kumpulan finalis, Kumpulan F05F telah menjuarai pertandingan ini dan disusuli di tempat Kedua, F04F dan tempat ketiga F04I. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengarah, Mohd Mahyuddin Bin Mohd Noordin; Ketua Jabatan Matematik dan Sains Komputer, En. Mohd Riedznan Sutrisno; dan Ketua Unit Matematik, Pn Noordiana Bt Arifin diatas sokongan dan kesudian menyempurnakan majlis penutupan pertandingan. Semoga pertandingan ini dapat memberi motivasi kepada para pelajar yang terlibat untuk menghadapi PSPM1.