MPPB-PDT Finale

MPPB-PDT Penutup No Comments

edsc_1008

En. M.T Azza bersalaman dengan para pelajar PDT selepas selesai upacara perasmian penutupan MPPB PDT’09.  Selama lima hari MPPB PDT’09 berlangsung dan diharapkan para pelajar dapat mencapai kejayaan dan meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya. MPPB’09/Manjuzri

_dsc50621

Nyanyian lagu rasmi KML disampaikan dengan penuh semangat oleh pelajar setelah selesai Minggu Pengurusan pelajar Baru PDT. Dengan berakhirnya MPPB-PDT, maka bermulalah perjuangan mereka untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya dalam pelajaran. MPPB’09/SYED NASIR

_dsc4986

Bacaan Ikrar bergema di dalam Dewan Mutiara, KML. Adalah menjadi satu tanggungjawab kepada semua pelajar untuk memastikan ikrar tersebut dikotakan dan direalisasikan. MPPB’09/SYED NASIR

_dsc5045

En M.T Azza selaku wakil Pengarah, menyampaikan ucapan perasmian penutupan Minggu pengurusan pelajar Baru PDT di Dewan Mutiara. Beliau menyeru agar pelajar semua, membiasakan dengan dunia pembelajaran di KML agar mereka tidak lari dari matlamat asal. MPPB’09/SYED NASIR

Hari Keempat MPPB-PDT

Hari Keempat MPPB-PDT 2009 No Comments

_dsc4923

Tidak dapat menahan hiba walaupun di pujuk salah salah seorang fasilitator. Semoga keinsafan ini berterusan dan menjadi pemankin untuk terus maju dalam pelajaran. MPPB’09/SYED NASIR

_dsc4899

Hiba, sedih dan insaf setelah hampir sejam bertafakur didalam suasan gelap. MPPB’09/SYED NASIR

_dsc4801

Salah seorang pelajar baru sedang diam bertafakur mengenangkan ibubapa beliau yang kini berada nun jauh di kampung di dalam keadaan Dewan Mutiara yang telah digelapkan. MPPB’09/SYED NASIR

_dsc4732

Suasana di dalam Dewan Mutiara, KML sebelum aktiviti penghayatan dijalankan. MPPB’09/SYED NASIR

edsc_0870

Keletihan tidak menghalang para pelajar baru PDT ini melakukan aktiviti kawad pada hari keempat MPPB’09. MPPB’09/Manjuzri

edsc_0865

Biarpun panas namun para pelajar baru PDT masih lagi bersemangat menunggu arahan kawad seterusnya dari komandan. MPPB’09/Manjuzri

_dsc4533

Seorang pelajar baru PDT tegas ketika memberi arahan kawad kepada rakan-rakan lain di dalam perbarisan. Menerusi latihan kawad, pelajar diharapkan dapat mendisiplinkan diri dalam pelbagai aktiviti yang mereka ikuti sepanjang pengajian. MPPB’09/SYED NASIR

dsc_6591

Salah satu kumpulan LDK pelajar PDT sedang membuat persembahan pada slot petang ini. Aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan diantara pelajar. MPPB’09/Rudy

_dsc4430

Salah seorang fasilitator Minggu Pengurusan Pelajar PDT 2009 bergambar di belakang pentas Dewan Mutiara ketika taklimat perpustakaan. MPPB’09/SYED NASIR

_dsc4417

Suasana di dalam Dewan Mutiara, KML ketika taklimat Pusat Sumber disampaikan Oleh En. Francis Labi pada hari keempat MPPB-PDT. MPPB’09/SYED NASIR

_dsc4447

Salah seorang pelajar baru PDT tekun membaca buku kecil Pusat Sumber KML ketika taklimat Pusat Sumber. Maklumat-maklumat terperinci seperti peta dan sebagainya telah dimuatkan di dalam buku kecil tersebut sebgai rujukan segera kepada pelajar. MPPB’09/SYED NASIR

_dsc4304

Salah seorang fasilitator yang sedang bertugas mengendalikan MPPB-PDT 2009. Walaupun sibuk dengan pelajaran, mereka dengan bersungguh-sungguh mengendalikan Minggu Pengurusan Pelajar Baru PDT. MPPB’09/SYED NASIR

_dsc4398

Beberapa orang pelajar baru PDT mengambil kesempatan bergambar bersama ketika menunggu dewan Mutiara di buka untuk aktiviti MPPB-PDT. MPPB’09/SYED NASIR

Hari Ketiga MPPB-PDT 09

Hari Ketiga MPPB-PDT 2009 No Comments


edsc_08151

Walaupun keletihan setelah tiga hari menjalani MPPB namun pelajar ini masih bersemangat lagi untuk mengikuti aktiviti seterusnya di Dewan Mutiara. MPPB PDT berlangsung pada 15 hb Jun 2009 dan tamat pada 19 hb Jun 2009. MPPB’09/Manjuzri


edsc_0799

Pelajar berehat seketika sebelum manjalani aktiviti seterusnya di Dewan Mutiara. MPPB’09/Manjuzri

edsc_0826

Antara pelajar yang membuat catatan semasa sesi taklimat akademik dan peperiksaan. Antara yang dinyatakan semasa sesi taklimat tersebut adalah tips-tips untuk berjaya dan juga syarat untuk pelajar PDT layak memasuki tahun kedua ke kolej matrikulasi. MPPB’09/Manjuzri

_dsc4328

Salah seorang pelajar baru PDT mendengar dengan teliti bagaimana purata gred kumulatif (PNGK) yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Peperiksaan, En. Affendy. MPPB’09/SYED NASIR

_dsc4313

Cik Aishah, Kaunselor KML tenang mengikuti taklimat peperiksaan yang disampaikan di Dewan Mutiara KML pada hari ketiga MPPB-PDT. MPPB’09/SYED NASIR

_dsc4275

Salah seorang fasilitator tenang mendengar taklimat Peperiksaan yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Peperiksaan, En. Affendi. MPPB’09/SYED NASIR

_dsc4255

Taklimat Akademik dan Peperiksaan yang disampaikan oleh En Saad S.A Abbas dan En. Affendy. Taklimat ini adalah bagi memberi maklumat terperinci mengenai penilaian dan peperiksaan yang diamalkan di Kolej Matrikulasi seluruh Malaysia. MPPB’09/SYED NASIR

Hari Kedua MPPB-PDT 2009

Hari Kedua MPPB-PDT 2009 No Comments

edsc_0793

Amanat daripada felo disampaikan oleh Ustaz Ridzuan. Amanat ini penting bagi mengingatkan pelajar mengenai tatasusila dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh para pelajar di asrama. MPPB’09/Manjuzri

dsc_1252

Ustaz Ridzuan selaku ketua felo menyampaikan amanat beliau kepada pelajar baru PDT semasa sesi Sejenak Bersama Felo.MPPB’09/Zul

dsc_1235

PPHEP En Megat sedang memantau pelajar sakit yang sedang berehat pada sesi taklimat bersama felo. Walaupun sakit pelajar masih tetap bersemangat untuk bersama rakan-rakan yang lain mendengar amanat yang disampaikan oleh ketua felo. MPPB’09/Zul

edsc_0753

Pelajar begitu bersemangat menjalani aktiviti riadah yang dikelolakan oleh barisan fasilitator. Aktiviti riadah amat penting dilakukan bagi menjaga kesihatan dari segi fizikal dan mental pelajar. MPPB’09/Manjuzri

dsc_9443

Kegembiraan jelas kelihatan di wajah walaupun penat mengikuti aktiviti sepanjang MPPB. MPPB’09/Husaine

dsc_9428

Suasana riadah di astaka Kolej Matrikulasi Labuan. MPPB’09/Husaine

_dsc4069

Gelagat seorang pelajar baru PDT semasa aktiviti senamrobik dengan diiringi lagu Poco-Poco. Diharapkan dengan tarian ringan ini, pelajar dapat mengurangkan buat seketika sebarang bentuk tekanan yang wujud khususnya ketika Minggu Pengurusan pelajar Baru PDT. MPPB’09/SYED NASIR

_dsc4092

Pelajar baru PDT ceria ketika mengikuti aktiviti senamrobik yang dijalankan di Astaka KML. Kecerdasan minda menjadi kunci utama kecerdasan fizikal. MPPB’09/SYED NASIR

_dsc4057

Taklimat Kaunseling dan Kerjaya yang di sampaikan oleh En. Masah Bin Abu Mansor di Dewan Mutiara, KML. Beliau menegaskan bahawa kematangan seseorang tidak boleh diukur dengan umur. MPPB’09/SYED NASIR

_dsc4040

Fasilitator mengambil kesempatan mengulangkaji pelajaran walaupun sedang sibuk mengendalikan pelajar baru PDT. MPPB’09/SYED NASIR

edsc_0740

Tuan Pengarah bersalaman dengan para pelajar selepas selesai Majlis Bersama Pengarah & Watikah Perlantikan Mentor. MPPB’09/Manjuzri

edsc_0736

Pn.Mardawiyah menerima pelantikan sebagai mentor daripada Tuan Pengarah di Majlis Bersama Pengarah & Watikah Perlantikan Mentor. Sebanyak 13 kumpulan Mentor Mentee telah diwujudkan bagi membimbing para pelajar di sepanjang pembelajaran mereka di Kolej Matrikulasi Labuan. MPPB’09/Manjuzri

edsc_0724

Pengarah Kolej Matrikulsai Labuan, En. Sawang@Rizal bin Amit menyampaikan amanat beliau kepada para pelajar PDT 2009/2010 pada sesi Majlis Bersama Pengarah & Watikah Perlantikan Mentor di Dewan Mutiara. Beliau menegaskan bahawa setiap pelajar perlulah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk mencapai kejayaan dari segi akademik dan bukan akademik di Kolej Matrikulasi Labuan. MPPB’09/Manjuzri

MPPB PDT 2009

Hari Pertama MPPB-PDT 2009 No Comments

_dsc3923

Pengetua asrama En. Osman sedang menyampaikan amanat penting kepada pelajar baru sempena dengan Minggu Pengurusan Pelajar Baru Sesi 2009/2010. MPPB’09/SYED NASIR

edsc_0709

Para pelajar mendengar amanat dan nasihat yang diberikan oleh En. Osman selaku pengetua kolej kediaman. Beliau menegaskan supaya para pelajar mematuhi segala peraturan yang diberikan agar pelajar dapat menjalani kehidupan yang selesa di kampus. MPPB’09/Manjuzri

dsc_9381

Suasana tenang di dalam Dewan Mutiara semasa taklimat perjalanan Minggu Pengurusan Pelajar PDT sesi 2009/2011. MPPB’09/Husaine

_dsc3724

Keadaan lengang jelas kelihatan di Dataran Kawad KML ketika jam menunjukkan jam 2.30 petang. Sebahagian kecil lagi pelajar baru dijangka akan mendaftar pada hari kedua MPPB-PDT. MPPB’09/Syed Nasir

_dsc3837

Salah seorang pelajar baru PDT bergerak ke blok penginapan beliau. Sudah pastinya, harapan ibu dan ayah akan sentiasa menjadi pendorong untuk beliau terus maju dalam pelajaran. MPPB’09/Syed Nasir

_dsc3774

Pelajar baru PDT bergegas ke Pusat Sumber untuk urusan kad matrik serta pembayaran yuran pendaftaran sebelum bergerak ke asrama penginapan masing-masing. MPPB’09/Syed Nasir

dsc_1005

Seorang pelajar sedang menerima baju daripada kaunter pakaian dan peralatan. Untuk melancarkan proses edaran kaunter ini dibahagikan kepada dua iaitu kanter untuk pelajar perempuan dan pelajar lelaki.MPPB’09/Zul

_dsc3634

Salah seorang Fasilitator MPPB-PDT sedang menikmati makanan yang disediakan kepada semua petugas Minggu Pengurusan Pelajar Baru PDT. Dijangkan lebih dari 150 pelajar baru PDT akan mendaftar pada hari pertama PDT. MPPB’09/Syed Nasir

dsc_1034

Fasilitator sedang membantu seorang pelajar baru memakai kad matrik yang baru diperolehi di kaunter kad matrik. Para pelajar diwajibkan memakai kad matrik sepanjang minggu orientasi dan seterusnya pada sesi pembelajaran. MPPB’09/zul

edsc_0655

Tuan Sawang@Rizal bin Amit meluangkan masa beliau untuk beramah mesra dengan para waris semasa sesi pendaftaran berlangsung. Diharapkan proses pendaftaran MPPB PDT kali ini dapat dijalankan dengan lancar.MPPB’09/Manjuzri

pdt-day-1

Para ibubapa dengan penuh sabar menunggu anak-anak mereka di tempat menunggu ibubapa. Walaupun tidak dapat bersama anak mereka semasa proses pendaftaran berlangsung tetapi mereka berasa sangat gembira bila melihat anak-anak mereka terpilih memasuki Kolej Matrikulasi Labuan.MPPB’09/Zul

edsc_0662

Para pelajar mula dibenarkan masuk pada pukul 8.oo pagi ke dalam Dewan Mutiara untuk proses pendaftaran. Untuk pendaftaran kali ini, sebanyak 534 tempat telah ditawarkan iaitu lelaki sebanyak 175 tempat dan perempuan sebanyak 359 tempat di Kolej Matrikulasi Labuan. MPPB’09/Manjuzri

dsc_6501

Seorang ayah sedang merakam gambar anak dan isterinya di hadapan Pusat Sumber KML. Anaknya merupakan pelajar Program Dua Tahun (PDT) yang ditawarkan pengajian di KML. MPPB’09/Rudy

dsc_0968Seorang pelajar sedang mencari dokumen yang diperlukan  sambil dibantu oleh fasilitator yang bertugas dikaunter semakan. Bagi mempercepatkan proses pendaftaran pelajar baru 6 kaunter semakan telah dibuka. MPPB’09/Zul

edsc_0636

Kelihatan para waris dan juga pelajar baru Program Dua Tahun (PDT) 2009/2010 sedang menunggu untuk mendaftar di Dewan Mutiara. Proses pendaftaran pelajar baru PDT kali ini akan bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 4.00 petang bertempat di Dewan Mutiara. MPPB’09/Manjuzri

_dsc3655

Salah seorang pelajar baru PDT sesi 2009/10 ketika mendaftar di hari pertama Minggu Pengurusan Pelajar Baru PDT. Kejayaan pihak kolej mengendalikan MPPB PST yang lalu diteruskan. MPPB’09/Syed Nasir


Its the end…and the journey begins!

Hari Keenam MPPB 2009, The end 11 Comments

MPPB akhirnya melabuhkan tirainya. Warga  baru KML penuh keriangan. Pelbagai detik menarik dapat dilihat menerusi lensa kamera AJK Dokumentasi. Hayatilah detik-detik akhir majlis penutupan MPPB 2009.

e_dsc5665

Tiga pelajar baru bergaya dengan tiga buah kamera digital DSLR yang digunakan sepanjang MPPB 2009. Ucapan terima kasih kepada empat orang AJK Dokumentasi yang terdiri daripada “Team ict4me” 2008/2009 iaitu Saudara Zain, Juvita, Aini dan Fairuz. Kecemerlangan “Team ict4me” 2008/2009 akan diteruskan oleh warga baru KML.

e_dsc5594

Wajah ceria salah seorang pelajar baru setelah selesai Majlis Penutupan Perasmian MPPB 2009. Tahniah dan syabas diucapkan.

e_dsc5553

Barisan fasilitator menaggalkan tag masing-masing sebagai simbolik berakhirnya tugas mereka sebagai fasilitator MPPB 2009. Ucapan terima kasih diucapkan diatas sumbangan mereka.

e_dsc5489

Pelajar mengambil kesempatan bersalaman dengan Tuan Pengarah, En. Sawang@Rizal Bin Amit ketika beliau bergerak meninggal majlis.

e_dsc5433

Lonjakan tangan tanda semangat ketika menyanyikan lagu KML perkasa oleh pelajar baru KML sesi 2009/2010. Semangat berkobar-kobar untuk memulakan perjuangan jelas kelihatan di setiap wajah pelajar baru ini.

e_dsc5356

Tuan Sawang@Rizal Bin Amit, Pengarah bersemangat ketika menyampaikan ucapan perasmian majlis penutupan MPPB 2009. Beliau menyeru agar semua warga KML sentiasa memberi salam dan menegur orang lain bagi mengeratkan hubungan antara warga KML.

edsc_0989

Bacaan ikrar daripada wakil pelajar pada hari terakhir Minggu Pengurusan Pelajar Baru. Bacaan ikrar adalah sebagai satu perjanjian bagi pelajar bagi menjaga dan mengharumkan nama Kolej Matrikulasi Labuan dari segi akademik dan juga bukan akademik.

e_dsc5270

Bacaan ikrar pelajar KML  disampaikan dengan penuh semangat. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menunaikan segala yang di sebut dalam ikrar yang mereka lafazkan.

e_dsc5160

Ucapan wakil pengerusi MPPB 2009 yang disampaikan En. Saad Bin Abas, Penolong Pengarah KML. Beliau menyampaikan tahniah kepada semua yang menjayakan MPPB 2009.

e_dsc5147

Majlis perasmian penutupan MPPB 2009 dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Ustaz Ridzuan.

MPPB Finale - The Fasilitators

Hari Keempat MPPB 2009, Persiapan 19 Comments

e_dsc5106

MPPB 2009 fasilitators fomed the word “KML”. Thank you for your support. We will see you again next year. MPPB’09/Syed Nasir

e_dsc5088

Antara fasilitator yang turut membantu menjayakan MPPB 2009. Walaupun sibuk dengan pelajaran di universiti, keikhlasan para fasilitator untuk datang ke KML adalah amat dihargai. MPPB’09/Syed Nasir

e_dsc4908

Fasilitators posed on the finale day of MPPB 2009. MPPB 2009 was succesfully conducted with their help. MPPB’09/Syed Nasir

e_dsc4856

Two medical fasilitators with their first aid kit. For a such a big event like MPPB, we have to be prepared all the time. MPPB’09/Syed Nasir

e_dsc4821

A group of fasilitators waiting at the main entrance on the final day of MPPB 2009. They are among the best  MPPB fasilitators ever. MPPB’09/Syed Nasir

e_dsc4818

A fasilitor shows a bunch of matrics card belong to the new students on the final day of MPPB 2009. The cards was taken for some reason and will be returned to the student after the event. MPPB’09/Syed Nasir

e_dsc5125

Risalah pintu untuk bacaan ringan para jemaah Solat Jumaat di Surau Al-Irfan, KML adalah antara sumbangan fasilitator MPPB 2009. Antara artikel  menarik di dalam risalah tersebut, tip-tip bagi mengahadapi sesi P&P yang akan bermula minggu hadapan. MPPB’09/Syed Nasir

dsc_6588

Walaupun cuaca agak panas saudari fasilitator ini tetap memberikan senyuman yang ceria. Pujian harus diberikan kepada barisan fasilitator yang sentiasa bekerjasama dalam menjayakan MPPB sesi 2009/2010.MPPB’09/Aini

dsc_6613

Ketua AJK Jamuan tidak jemu menunggu barisan fasilitator datang mengambil makanan malah senyuman ceria tetap terpancar pada wajah beliau. Tanggungjawab yang diberikan oleh barisan fasilitator dijalankan sepenuhnya tanpa masa.MPPB’09/Aini


dsc_6708

Ceria wajah dua orang fasilitator yang dulunya merupakan pelajar KML dan kini menuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Barisan fasilitator MPPB pada sesi kali ini, kebanyakannya merupakan pelajar sesi 2008/2009 dan sebilangan daripadanya merupakan alumni KML.MPPB’09/Aini

dsc_0651

Lambaian mesra yang diberikan oleh barisan fasilitator kepada jurugambar jelas mengambarkan barisan fasilitator  pada tahun ini amat periang. MPPB’09/Fairuz

dsc_0633

Tersenyum lebar jelas terpancar diwajah saudari Ivy  walaupun sibuk bertugas. Ketibaan semua fasilitator pada 8 Mei 2009. MPPB’09/Fairuz

dsc_0671

Kelihatan barisan fasilitator lelaki sedang berjalan sambil menghilangkan rasa dahaga mereka disebabkan keadaan cuaca yang panas terik tetapi mereka masih boleh untuk tersenyum lebar. Apa sahaja keadaan barisan fasilitator dan semua pihak yang terlibat  sentiasa berganding bahu menjayakan MPPB 2009/2010.  MPPB’09/Fairuz

dsc_0690c1

Senyuman yang dipancarkan diwajah saudari Ivy Hesty jelas kelihatan walaupun sedang sibuk bertugas. MPPB’09/Fairuz

_dsc2379

Fasilitator MPPB 2009 masih lagi memberikan senyuman walaupun setelah seminggu mejalankan tugas dan penat lelah mereka bagi menjayakan minggu pengurusan pelajar baru 2009/2009. MPPB’09/Zain

e_dsc2135

Semua fasilitator berarak ke menara pentadbiran untuk sesi bergambar setelah selesai mejalankan aktiviti raptai untuk persediaan majlis perasmian penutupan MPPB 2009. MPPB’09/Zain

z_dsc2344

Kesedihan yang terukir dari raut wajah fasilitator  ketika majlis perasmian dijalankan. Kini genaplah seminggu para fasilitator yang sudi membantu pihak kolej beradadi sini. MPPB’09/Zain

e_dsc2870

Saudara Muhammad Fansyuri merupakan pengerusi untuk fasilitator minggu pengurusan pelajar baru bagi sesi 2009/2010, mengetuai fasilitator untuk melakukan aktiviti yang terakhir kepada pelajar. MPPB’09/Zain

e_dsc2875

Semua fasilitator meraihkan penutupan MPPB 2009 dengan wajah-wajah yang penuh kegembiraan kerana telah berjaya menyelesaikan tugas mereka dengan sangat baik. Fasilitator dialu-alukan untuk sekali lagi membantu pihak kolej untuk menguruskan aktiviti sebegini pada tahun hadapan. Syabas diucapkan. MPPB’09/Zain

Day 5 - Emotion and Expression

Hari Kelima MPPB 2009 12 Comments

Di hari kelima ini, kita akan disajikan dengan wajah-wajah semua yang mereka yang terlibat dalam menjayakan MPPB 2009. Wajah-wajah warga KML yang penuh keceriaan, girang, tenang dan pelbagai yang sudah pastinya akan membawa seribu erti kepada kita semua.

 

e_dsc4802

Walaupun letih dengan aktiviti yang padat sepanjang MPPB 2009, ketenangan masih lagi jelas di wajah pelajar ini. MPPB’09/Syed Nasir

e_dsc11452

Kegembiraan jelas kelihatan pada wajah pelajar semasa aktiviti dijalankan pada riadah petang. Ianya penting untuk menyihatkan tubuh badan disamping melepaskan tekanan semasa minggu orientasi MPPB 2009. MPPB’09/Zain 

dsc_6338e

Penuh pengharapan salah seorang daripada warga KML memohon doa setelah selesai menunaikan solat zohor. Solat tersebut ditunaikan secara berjemaah di Surau Al-Irfan KML. MPPB’09/Aini

dsc_0421c

Jelas kelihatan wajah salah seorang pelajar  sedang tidur dengan tenang. MPPB’09/Fairuz

e_dsc0696

Saudari Marlyn tertawa mendengar celoteh dari ketua mentee semasa aktiviti LDK yang terakhir di dalam MPPB 09. Terdapat lima aktiviti LDK sepanjang MPPB 09 berlangsung. MPPB’09/Manjuzri

edsc_5209_1493

Seorang pelajar tampak begitu teruja mencuba sesuatu yang baru di pintu masuk Perpustakaan. Kad matrik kolej diperlukan bagi membolehkan pelajar menggunakan kemudahan-kemudahan di kolej. Selain daripada itu kad matrik juga digunakan untuk pelajar keluar/masuk ke kolej. MPPB’09/Rudy

e_dsc4213

Kumpulan LDK 82 gembira bergambar bersama setelah selesai aktiviti LDK. Keakraban yang terjalin ini diharapkan berterusan sehingga tamat pengajian. MPPB’09/Syed Nasir

e_dsc4225

Salah seorang pelajar LDK 82 tersenyum lebar apabila dapat bergambar dengan kenderaan motor milik mentor beliau. Adalah baik bagi pelajar KML untuk cuba menonjolkan kemampuan serta kelebihan yang dimiliki untuk dikongsikan bersama masyarakat. MPPB’09/Syed Nasir

dsc_0391-c

Wajah keriangan jelas tergambar diraut wajah Cik Leu semasa mengendalikan aktiviti 4 iaitu pengurusan dan kewangan bersama mentor.MPPB’09/Fairuz

e_dsc07631

Kelihatan seorang pelajar membawa payung dibawa matahari yang terik sambil memegang telefon bimbitnya. MPPB’09/Zain

edsc_0148j

Pelajar terawal yang sedang menunggu dengan wajah yang ceria di luar Dewan Mutiara untuk taklimat perpustakaan. Taklimat kepada pelajar baru biasanya diadakan di Dewan Mutiara ataupun dibahagikan di Dewan Kuliah.MPPB’09/Juvita

e_dsc0683

Cuaca yang terik di Wilayah Persekutuan Labuan sekarang ini tidak menghalang para pelajar untuk bergurau senda untuk menghilangkan kepenatan sepanjang MPPB 09. MPPB 09 akan berakhir pada 15 Mei 2009 setelah hampir seminggu ianya berlangsung. MPPB’09/Manjuzri

e_dsc4174

Kepenatan tidak menghalang tiga rakan yang sudah pun akrab untuk melebarkan senyuman setelah selesai sesi taklimat perpustakaan. Pelajar di sarankan untuk menjaga hubungan sesama rakan bagi memastikan mereka sentiasa ceria ketika belajar. MPPB’09/Syed Nasir

e_dsc4166

Antara fasilitator yang bertugas menjayakan MPPB 2009. Keceriaan masih di wajah walaupun penat bertugas. MPPB’09/Syed Nasir

e_dsc4017

Seorang pelajar tenang bersenam sambil menikmati suasana pagi hari kelima MPPB 2009. Bersenam boleh membantu meningkatkan kederdasan badan dan otak seterusnya membantu pelajar untuk cemerlang dalam pelajaran. MPPB’09/Syed Nasir

e_dsc0717

Wajah ceria yang terpancar dari seorang pelajar ketika perhimpunan pagi dilakukan dihadapan asrama kediaman. Perhimpunan pelajar akan dilakukan pada setiap pagi sebelum pelajar ke tempat aktiviti seterusnya. MPPB’09/Zain

e_dsc3983

Suasana ceria semasa aktiviti senaman pagi. Aktiviti ini sudah pastinya dapat mengeratkan tali silaturahim antara pelajar dari pelbagai etnik. MPPB’09/Syed Nasir

Hari Keempat MPPB 2009-13 Mei 2009

Hari Keempat MPPB 2009 4 Comments

e_dsc0563

Pelajar sedang menjamu selera di kafeteria Tanjung Muara selepas selesai dari aktiviti mentor mentee. Kafeteria tersebut terletak berdekatan dengan dewan kuliah, bangunan HEP dan menara pentadbiran menyebabkan ianya menjadi tumpuan pelajar. MPPB’09/Zain

e_dsc0512

En.Manzujri Azzim Bin Mohamad bersama dengan menteenya sedang melakukan aktiviti di bilik tutorial 36. Aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pelajar dan pensyarah. MPPB’09/Zain

dsc_0300c

Saudara Jonathan sedang mengambil makanan untuk makan tengah hari. Makanan disediakan kepada semua fasilitator yang bertukus-lumus menjayakan MPPB 2009. MPPB’09/Fairuz

e_dsc0377

En.Affendy menerangkan maklumat mengenai akademik dan peperiksaan kapada pelajar. Dalam interaksi ini, pelajar dimaklum dengan  tarikh-tarikh peperiksaan. Dengan adanya maklumat ini, pelajar akan lebih bersedia dan dapat merancang cara belajar mereka. MPPB’09/Zain

e_dsc37531

Fasilitator sedang mengedarkan buku panduan mengisi borang perjanjian kepada pelajar. Taklimat tentang borang perjanjian telah disampaikan oleh Pegawai HEP, En. Riedznan Sutrisno. MPPB’09/Syed Nasir

dsc_6001

Para pelajar meneliti buku peraturan pelajar yang diberikan oleh barisan fasilitator. Adalah amat penting bagi setiap pelajar mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kolej. MPPB’09/Aini

_dsc0234

En.Riedznan selaku ketua hal ehwal pelajar meyampaikan maklumat mengenai peraturan pelajar. Segala peraturan kolej terkandung dalam buku peraturan pelajar dimana ianya amat penting bagi memastikan tahap disiplin pelajar dalam keadaan yang baik. MPPB’09/Zain

e_dsc0274

Pelajar yang baru mendaftar ke kolej sedang menarik beg bagasinya ditemani oleh ibu dan ayahnya ke asrama lelaki. Jumlah pelajar yang telah mendaftar setakat ini adalah sebanyak 2289 orang. MPPB’09/Zain

dsc_5958

Para pelajar menyanyikan lagu KML Perkasa dengan penuh bersemangat. Semoga semangat tersebut tidak lentur dan semoga mereka sentiasa bersama-sama menyumbang bakti dalam meningkatkan pencapaian KML dari segi akademik mahupun ko-kurikulum. MPPB’09/Aini

dsc_0276c

Perhimpuan pagi diadakan di hadapan blok kediaman pelajar. Ianya dikendalikan oleh barisan fasilitator MPPB sesi 2009/2010. MPPB’09/Fairuz

Hari Ketiga MPPB 2009- 12 Mei 2009

Hari Ketiga MPPB 2009 2 Comments

dsc_0639

Dewan Mutiara dipenuhi pelajar dari jurusan sains bagi menghadiri Forum Bersama Alumni.MPPB’09/Manjuzri

z_dsc0152

Saudara Ahmad Syafiq sedang memberi ucapan mengenai budaya pelajar matrikulasi dalam majlis Forum Bersama Alumni di Dewan Mutiara. Maklumat yang disampaikan amat penting kepada pelajar untuk mengetahui dengan lebih lanjut budaya pelajar di matrikulasi. MPPB’09/Zain

edsc_4903_1267

Sekumpulan pelajar sedang mendengar arahan  Komanden. Kolej Matrikulasi Labuan mendapat bantuan dari pegawai-pegawai TUDM untuk aktiviti kawad yang diadakan pada slot petang MPPB. MPPB’09/Rudy

e_dsc3656

Jurulatih kawad dari Angkatan Tentera Udara Malaysia ketika dalam latihan kawad yang dijalankan pada sesi petang. Selain daripada melatih pelajar berdisiplin, kawad juga boleh juga dijadikan satu aktiviti riada yang sangat baik. MPPB’09/Syed Nasir

_dsc0254

Waris mengiringi pelajar sambil membawa bagasi anaknya untuk ke kolej kediaman. Raut wajah ibunya menggambarkan kesedihan untuk berpisah dengan anaknya yang akan meneruskan pengajian di kolej ini.  MPPB’09/Zain

edsc_4839_1204

Pn Aminawati sedang menguji menteenya sama ada mengingati nama rakan-rakan yang lain dalam aktiviti LDK. Ia merupakan sebahagian daripada Aktiviti Suai Kenal bersama Mentor. MPPB’09/Rudy

e_dsc3627

Aksi pelajar semasa sesi sual kenal dalam Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Menerusi aktiviti seperti LDK ini, pelajar dapat akan bersua kenal dengan serta bergaul mesra dengan rakan-rakan baru yang datang dari seluruh pelusuk Sabah dan Sarawak. MPPB’09/Syed Nasir

e_dsc3472

Borang permohonan ahli Pembimbing Rakan Dinamik (PRD) diedarkan kepada pelajar yang berminat. PRD adalah salah satu kelab dibawah Unit Bimbingan dan Kaunseling. MPPB’09/Syed Nasir

dsc_57961

Pelajar jurusan akaun memberikan tumpuan sepenuhnya dengan taklimat yang disampaikan di Dewan Kuliah Dua. Taklimat tersebut merupakan taklimat ‘Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya’ yang bertujuan untuk memperkenalkan secara lebih terperinci lagi akan fungsi dan objektif utama Unit Bimbingan dan Kaunseling KML.MPPB’09/Aini

dsc_0182c1

Cik Aisyah mengingatkan para pelajar bahawa mereka perlu memberikan fokus kepada matlamat mereka.Setiap pelajar perlu mempunyai satu matlamt yang tetap untuk berjaya.MPPB’09/Fairuz

e_dsc3212

Tuan Sawang @ Rizal bin Amit, pengarah Kolej Matrikulasi Labuan sedang menyampaikan amanat dalam Majlis Bersama Pengarah & Watikah Perlantikan Mentor di Dewan Mutiara. Beliau mengingatkan pelajar agar tidak menghampakan harapan ibubapa masing-masing. MPPB’09/Syed Nasir

edsc0473

Pelajar berbaris untuk keluar daripada barisan selepas selesai senaman pagi sambil diperhatikan oleh fasilitator. Para fasilitator yang dipilih untuk membantu kelancaran MPPB adalah daripada bekas-bekas pelajar Kolej Matrikulasi Labuan. MPPB’09/Manjuzri

e_dsc2982

Pelajar baru ceria ketika aktiviti senaman pagi. Selain untuk penjagaan kesihatan, aktiviti ini diharapkan agar dapat membiasakan diri pelajar dengan kehidupan baru sebagai pelajar KML. MPPB’09/Syednasir

e_dsc0017 Keadaan Surau Al-Irfan semasa kuliah subuh diadakan bersama pelajar baru. Surau ini mempunyai dua tingkat dan boleh memuatkan lebih kurang 500 jemaah pada satu masa. MPPB’09/Zain

Free Wordpress Templates. Antivirus software