MPPB 08 Finale

Encik Riedznan Bin Sutriosno dalam upacara penyerahan watikah pelantikan Alumni KMl dalam Majlis Jalinan Mesra Alumni KML bersama Pengarah, Encik Sawang @ Rizal Bin Amit pada 15 Mei 2008 jam 9.00 malam yang bertempat di Dewan Kuliah 2.

Setiap jawatankuasa MPPB 08 menerima sijil penghargaan serta sedikit cenderahati daripada pihak pengurusan Minggu Pengurusan Pelajar Baru bagi sesi kemasukan pelajar baru 2008/2009.

Barisan fasilitator yang bekerjasama untuk membentuk abjad KML sebagai tanda kenangan.
Angka-angka yang menarik sepanjang MPPB 08
Jumlah kamera yang digunakan : 6 buah (Nikon D70S, Nikon D200, Nikon D70 (2), Nikon D80, Nikon D40)
Jumlah lensa : 2 X Tokina 12-24 mm f4, 1 X Sigma 70-200 mm f2.8, 2 X Nikkor 80-200 mm f2.8
External Flash : 3 X Nikon SB800 & 2 X Nikon SB600
Bateri: 3 pengecas bateri, 48 biji bateri boleh cas.
Jumlah video yang digunakan : 1 buah (Panasonic 3CCD),
Bilangan jurugambar : 3 orang
Bilangan jurukamera video : 2 orang
Jumlah saiz gambar yang diambil : 17.2 GB
Jumlah folder gambar : 162 folder
Jumlah masa bekerja : 60 jam
Jumlah fasilitator : 170 orang (Lelaki : 78 orang, Perempuan : 92 orang)
Jumlah portfolio : 23 bahagian
Jumlah pelajar baru 2008/2009 :2539 orang (Lelaki : 984 orang, Perempuan : 1555 orang)
Jumlah pelajar setiap jurusan : Sains Fizikal (1356 orang), Sains Hayat (912 orang), Perakaunan (271 orang)
Jumlah kumpulan mentor mentee : 120 kumpulan
Jumlah bas KML yang digunakan : 2 bas besar dan 1 coaster
Akhir kata daripada Jawatankuasa Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB 08), kami mengucapkan semoga berjaya kepada adik-adik dalam menempuhi alam matrikulasi seterusnya menjejakkan kaki ke menara gading satu hari nanti. Terimalah serangkap pantun daripada kami.
Kita bersama selama enam hari,
Menempuh segala susah dan senang,
Terima kasih daun keladi,
Semoga bertemu di lembaran datang.
Hari Keempat, 15 Mei 2008 - “The Details”

9.00 pagi - Beginilah keadaan salah satu papan tanda pemberitahuan yang telah melalui beberapa peringkat pengubahsuaian untuk memudahkan proses pendaftaran bagi pelajar yang lewat mendaftar. Pelajar yang datang sepanjang minggu ini akan diterima mendaftar walaupun lewat memandangkan faktor logistik bagi negeri Sabah dan Sarawak.

9:43 pagi - Sementara menunggu masa ke dewan, pelajar mengambil kesempatan mengisi borang perjanjian yang akan dihantar dalam minggu ini.

9:50 pagi - Sebilangan pelajar pergi ke Menara Pentadbiran untuk berjumpa dengan pensyarah berbincang mengenai pertukaran opsyen selain ada di kalangan mereka yang berjumpa dengan mentor masing-masing. Memandangkan ramai yang menggunakan lif, pelajar mencari inisiatif lain untuk menggunakan tangga.

10:08 pagi - Pelajar perempuan menikmati hidangan pagi mereka setelah selesai slot aktiviti empat Pengurusan Masa dan Kewangan bersama mentor.

10:11 pagi - Peniaga kafeteria Tanjung Muara sibuk melayan pelajar yang membeli makanan.

10:29 pagi - Fasilitator memberi arahan kepada para pelajar yang berada di kafeteria. Para pelajar diminta bersedia lebih awal untuk slot interaksi seterusnya iaitu taklimat perpustakaan dan ujian setara bersama Ahli Jawatankuasa Organisasi.

4.34 petang - Pelajar sedang berkumpul di Dataran Kawad, KML untuk mengikuti sesi demonstrasi memadam api yang disampaikan oleh pasukan bomba.

4.41 petang - Pelajar sedang mengikuti sesi latihan kebakaran yang telah di sampaikan oleh pasukan bomba dari cawangan Layang-layangan, W.P Labuan. Tidak dapat dinafikan lagi betapa pentingnya pelajar KML di beri pendedahan tentang cara-cara mengawal kebakaran.

5.20 petang - Antara pelajar perempuan yang telah menerima cenderamata daripada pasukan bomba atas penglibatan mereka dalam sesi demonstrasi memadam api.

5.22 petang - Antara pelajar lelaki yang juga telah menerima cenderamata dari pasukan bomba kerana penglibatan mereka yang aktif dalam demonstrasi memadam api ini.
8.50 malam - Kapten Abdul Razak, penceramah jemputan dari Angkatan Tentera Malaysia sedang menyampaikan ceramah berkisar tentang kepentingan modal insan.
10.16 malam - Semangat yang ditunjukkan oleh pelajar semasa menyanyikan lagu KML sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Teruskan usaha anda.
The Day Of Facilitators
6.54 pagi - Sebahagian daripada barisan fasilitator sedang mengendalikan kumpulan besar pelajar baru yang sedang mengikuti senaman pagi. Ramai dikalangan pelajar pelajar yang sudah berjaya menghafal lagu KML, Syabas!

9:14 pagi - Kumpulan mentor mentee 49 yang dikendalikan oleh Encik Manjuzri Azzim Bin Mohamad dibantu oleh dua orang fasilitator. Fasilitator berkongsi pengalaman ketika menjadi pelajar di Matrikulasi yang kini sedang menuntut di salah sebuah universiti awam.

10:00 pagi - Fasilitator JK Pendaftaran & Semakan membantu salah seorang pelajar yang baru mendaftar pada hari keempat.
4:18 petang - Keadaan langit yang gelap menunjukkan tanda-tanda ribut akan melanda KML. Gambar diambil dari pemandangan asrama lelaki Blok Luhur F.
4:26 petang - Fasilitator Jawatankuasa Kuasa Riadah dan Sukan bingung dalam membuat keputusan sama ada ingin meneruskan aktiviti riadah yang telah dirancang memandangkan keadaan cuaca yang sukar diramalkan dan akhirnya aktiviti riadah ini dibatalkan.
4:30 petang - Dengan pembatalan aktiviti riadah, pelajar dibenarkan balik ke kediaman masing-masing oleh JK Riadah dan Sukan kecuali pelajar yang terlibat dalam pemilihan Karnival Kokurikulum Kolej-Kolej Matrikulasi (KAKOM) bertempat di Dewan Mutiara.
9.30 malam - Aktiviti diteruskan dengan perjumpaan bersama semua felo. Kesedaran tentang kepentingan menjaga kediaman pelajar menjadi agenda utama perjumpaan.
9.35 malam - “Pelajar-pelajar disarankan agar sekurang-kurangnya menyimpan satu nombor felo kediaman pelajar bagi memudahkan mereka khususnya ketika kecemasan”, ujar Ustaz Sayuti dalam ucapan beliau semasa taklimat kediaman pelajar.
9.39 malam - Dalam majlis ini, pelajar diingatkan bahawa mereka seharusnya menganggap kemudahan yang mereka perolehi sepanjang mereka berada di KML, adalah barangan awam. Justeru itu, adalah perlu bagi mereka untuk menjaga harta awam sebaik mungkin.
9.47 malam - Antara minuman serta makanan ringan yang disediakan kepada semua fasilitator yang sedang mengikuti mesyuarat agung Alumni KML kali pertama.
9.52 malam - Encik Masah dari Unit Kaunseling KML sedang memberikan penerangan tentang latar belakang penubuhan persatuan Alumni KML. KML mengucapkan syabas kepada semua bekas pelajar KML yang begitu komited dengan penubuhan persatuan Alumni rasmi KML ini.
9.57 malam - Saudara Johan sedang mempengerusikan mesyuarat agung Alumni KML yang pertama. Pihak kolej akan sentiasa membantu dari semasa ke semasa agar persatuan ini akan terus maju kehadapan.
10.04 malam - Antara barisan fasilitator yang terlibat dalam mesyuarat agung Alumni KML kali pertama di Dewan Kuliah Satu. Sokongan yang diberikan oleh semua fasilitator tidak dapat dinafikan lagi bagi menjayakan MPPB 2008. Tahniah!
…and for tomorrow, we will deliver you the closeup details of MPPB 2008, through the lens.
Hari Ketiga, 13 Mei 2008
6:30 pagi - Hari ketiga bermula dengan senaman pagi. Walaupun Mohamad Hanif dikecualikan dari mengikuti senaman fizikal yang agak lasak, beliau tetap bersemangat untuk turut sama berada dengan rakan-rakan yang lain dengan ditemani oleh dua orang fasilitator. Syabas kepada beliau.

6:42 pagi - Antara pelajar lelaki yang mengikuti senaman pagi MPPB 08. Semangat juang jelas kelihatan di wajah mereka.

6:48 pagi - Permandangan mini stadium KML dari astaka.

7:02 pagi - Pelajar perempuan sedang mengikuti senamrobik diiringi muzik Poco-poco.
7:53 pagi - Mohd. L. Masludin Syah, Pengerusi Fasilitator JK MPPB 08 bergerak bersama Mohamad Hanif dan rakan-rakan seperjuangannya menuju ke Dewan Mutiara.
7:55 pagi - Pelajar mula bergerak ke dewan untuk acara yang seterusnya iaitu majlis bersama pengarah KML, Encik Sawang @ Rizal Bin Amit dan Majlis Watikah Perlantikan Mentor.
8:42 pagi - Encik Kassim Bin Jaafar berpesan kepada para pelajar agar tidak leka kepada hiburan dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian mereka.

9:15 pagi - Encik Sawang @ Rizal Bin Amit menyampaikan kata-kata semangat kepada semua pelajar baru supaya tidak menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk tidak berjaya.
9:43 pagi - Encik Ahmad Affendy Abdullah menjadi wakil kepada simbolik penyerahan Watikah Perlantikan Mentor.
9:45 pagi - Encik Sawang menyampaikan cenderahati kepada Encik Kassim sebagai tanda kenangan daripada KML kerana sudi meluangkan masa dalam slot bersama Pengarah dan Watikah Perlantikan Mentor.
9:48 pagi - Para VIP sempat merakamkan gambar kenangan bersama pelajar istimewa KML sesi pengajian 2008/2009, Mohamad Hanif serta pelajar-pelajar yang berada di Dewan Mutiara.
11:26 pagi - En. Masah Bin Abu Mansor, Penolong Pengarah Kaunseling sempat memberikan ceramah mengenai perkhidmatan kaunseling dan kerjaya yang terdapat di KML kepada semua pelajar baru.
11:38 pagi - Apabila ada masa senggang, fasilitator mengarahkan pelajar melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan agar pelajar sentiasa segar berada dalam Dewan.
1:50 petang - Mentor mentee kumpulan satu yang bertempat di Bilik Tutorial 1 yang dikendalikan oleh Encik Ahmad Affendy Abdullah.
2:12 petang - Mentee sedang memperkenalkan diri kepada mentee-mentee yang lain sambil diperhatikan oleh mentor di gelanggang skuasy.
2:23 petang - Salah satu kumpulan mentor mentee yang dijalankan di Dewan Mutiara. Tujuan utama aktiviti mentor-mentee ini adalah untuk mendekatkan lagi para pelajar kepada pensyarah selain menjadikan mereka sebagai ‘ibubapa’ semasa berada di Kolej Matrikulasi Labuan sepanjang pengajian mereka di sini.
2:35 petang - Barisan mentee Encik Manjuzri Azzim Bin Mohamad yang seramai 25 orang dihimpunkan di Bilik Tutorial 49.
2:45 petang - Setiap mentee dikehendaki untuk mendengar dengan teliti mengenai penerangan rakan mereka dalam aktiviti Simbol Muka. Terdapat 120 kumpulan mentor-mentee di KML yang akan dikendalikan oleh pensyarah sendiri.
5:24 petang - Pegawai Pertahanan Awam melatih para pelajar yang memilih kegiatan ko-kurikulum dalam aktiviti kawad kaki. Kegiatan ko-kurikulum merupakan penyumbang kepada merit pelajar untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi selepas menamatkan pengajian mereka di Kolej Matrikulasi Labuan.
5:44 petang - Pelajar menunjukkan kebolehan mereka dalam permainan sepak takraw di gelanggang berdekatan dengan Kafeteria Sarnaz sambil diperhati oleh pensyarah.
5:49 petang - Encik Mohd Anis Suryady Bin Mustafha memberi sedikit penerangan mengenai sukan bola keranjang kepada para pelajar.
9:16 petang - Pensyarah Pusat Pembangunan Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Encik Tuan Haji Ahmad Sabu dalam Forum Bersama Alumni Budaya Pelajar Matrikulasi menerusi topik beliau iaitu Jati Diri Program Matrikulasi ke Arah Kecemerlangan Pembelajaran di IPT.
Sehingga hari ini (13 Mei 2008) dilaporkan seramai 2472 orang pelajar baru telah mendaftar yang mana 1239 orang adalah dalam jurusan Sains Fizikal, 974 jurusan Sains Hayat dan 258 lagi adalah dalam jurusan Perakaunan. Bilangan ini akan bertambah lagi kerana masih terdapat pelajar yang belum mendaftar.
And for tomorrow, we got something for you, “The Day Of Facilitators”.
Hari Kedua, 12 Mei 2008
6:02 pagi - Beginilah keadaan pondok panas AJK MPPB 2008 dihadapan Menara Pentadbiran KML yang rosak teruk dipukul ribut yang melanda Labuan awal pagi ini.
6:04 Pagi - Ketibaan pelajar pertama yang datang dari Bintulu, Sarawak bagi hari kedua pendaftaran pelajar baru Kolej Matrikulasi Labuan. Dijangkakan lebih 1500 orang pelajar baru lagi akan selesai mendaftar pada hari ini.
7:26 pagi – Kerjasama yang ditunjukkan oleh JK MPPB 08 untuk mendirikan semula pondok panas yang tumbang.
8:19 pagi – Seorang bapa memilih baju untuk keperluan anaknya. Keprihatinan jelas kelihatan di wajah seorang bapa yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kecemerlangan anaknya.
8:23 pagi – Gerai alatan keperluan harian sibuk melayan pelanggan yang terdiri daripada pelajar dan ibubapa untuk membeli barang-barang keperluan. Gerai ini terletak bersebelahan dengan kaunter informasi dan siaraya MPPB 08.
9:00 Pagi - En. Kassim Bin Jaafar, Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM) tiba di hadapan Dewan Mutiara diiringi oleh En. Nassry Asmady Bin Abu Bakar.
9:07 pagi – En. Sawang @ Rizal Bin Amit memeriksa borang bilangan pelajar yang telah mendaftar ke KML setakat ini sambil diperhati oleh Tuan Haji Mustafar Bin Musa serta pegawai-pegawai yang lain.
9:14 pagi – Puan Liza Chong (Penolong Akauntan) menunjukkan data-data terkini jumlah pelajar yang mendaftar masuk ke dalam KML kepada En. Kassim Bin Jaafar dan En. Sawang @ Rizal Bin Amit.
9:15 pagi – En. Mohd Rieznan Bin Sutrisno, En. Ismail Bin Hj Mat serta En Kassim Bin Jaafar yang sedang mencuba baju kemeja-T yang akan diberikan kepada pelajar baru. Baju kemeja-T yang berwarna biru gelap ini terdiri daripada lima saiz iaitu XXL, XL, L, M dan S agar sesuai dengan fizikal setiap pelajar.
9:19 pagi – Antara cenderahati yang akan diberikan kepada pelajar adalah beg bimbit KML berwarna hitam selain tali leher, set cadar dan sarung bantal, rantai kunci, baju kemeja-T dan lain-lain.
9:20 pagi – Set cadar tilam dan sarung bantal pada tahun ini adalah lebih menarik dengan tona warna biru serta corak yang lebih menarik dan harmoni berbanding set cadar yang disediakan pada tahun-tahun lepas.
9:21 pagi – En. Kassim Bin Jaafar sempat meluangkan masa untuk melayari laman web MPPB 08 LiveBlog bagi mengetahui perkembangan semasa dan terkini yang berlaku di KML semasa Minggu Pengurusan Pelajar Baru sesi pengajian 2008/2009.
9:33 pagi - Ketua Sektor Hal Ehwal Pelajar BMKPM, Tuan Haji Mustafar Bin Musa berkunjung ke bilik penyelia penempatan Blok Madani C sambil ditemani oleh En. Kassim Bin Jaafar, En. Sawang @ Rizal Bin Amit dan En. Mohd Othman Bin Yussoff.
10:01 pagi – Tuan Haji Mustafar Bin Musa (Ketua Sektor Hal Ehwal Pelajar BMKPM) bersama En Sawang @ Rizal Bin Amit (Pengarah KML) meluangkan masa berbual mesra dengan pihak Kafeteria Tanjung Muara.
11:07 pagi – Taklimat waris yang berlangsung di Dewan Kuliah 1 dihadiri oleh waris dan ibubapa pelajar. Taklimat berlangsung dengan slot pagi pada pukul 10:30 pagi sehingga 12:15 tengahari dan slot petang 1:30 petang sehingga 3:00 petang.
12:24 tengahari – Buat pertama kalinya KML menerima pelajar kurang upaya, Mohamad Hanif Bin Kasim yang ditawarkan dalam jurusan sains fizikal setelah memperolehi 10 kepujian dalam peperiksaan SPM.
1:23 petang – Mohamad Hanif disambut mesra oleh jawatankuasa MPPB 08 yang terdiri daripada En. Mohd Riedznan Sutrisno, En. Taib Hj Ibrahim dan En. Rudy Nordin.
12:43 petang – Mohamad Hanif menyerahkan surat tawaran kemasukan Matrikulasi di kaunter buku pendaftaran. Mohamad Hanif ini sering ditemani oleh sahabat karibnya sejak darjah lima lagi iaitu Anuar yang mana pelajar ini buta mata sebelah kanan.
1:27 petang – Pelajar istimewa ini turut mendapat barangan cenderahati daripada pihak pengurusan MPPB 08.
2:03 petang – Fasilitator bahagian penempatan pelajar memberikan kunci bilik Mohamad Hanif yang ditempatkan aras bawah Blok Luhur F.
3:04 petang – Akhirnya Mohamad Hanif berada di bilik setelah melalui pelbagai proses pendaftaran. Kami dari pihak editor mendoakan agar beliau mampu mengharungi segala cabaran dan dugaan dalam kehidupan yang akan mendatang.
Laporan keseluruhan sehingga pukul 4:30 petang, seramai 2361 orang pelajar telah berjaya mendaftarkan diri sebagai pelajar Kolej Matrikulasi Labuan bagi sesi pengajian 2008/2009. Dengan ini, orientasi bagi Minggu Pengurusan Pelajar Baru 2008 bermula pada pukul 6:30 petang ini.
7:38 petang - Keadaan di dalam dewan yang padat dengan kehadiran pelajar baru sesi pengajian 2008/2009 yang mana mereka akan diterangkan perjalanan orientasi. Aturcara taklimat pengetua kolej kediaman adalah pembuka kepada MPPB 08.
8:00 malam - Bacaan doa pembuka majlis diketuai oleh Saudara Alaizat sebelum ucapan daripada Pengetua Kolej, En. Mohd Othman Bin Yussoff.
8:05 malam - Pengetua Kolej Kediaman KML, En. Mohd Othman menyarankan agar pelajar menitikberatkan soal kebajikan diri, kebersihan serta menjaga harta benda kolej. Beliau berharap dengan adanya pelbagai kemudahan di KML pelajar dapat dapat menjalani kehidupan yang menyeronokkan.
8:06 petang - Himpunan para pelajar dalam Dewan Mutiara untuk sesi taklimat pengetua kolej.
8:10 malam - Suasana keadaan dalam Dewan Mutiara semasa sesi taklimat Pengetua Kolej Kediaman. Sesi ini akan dijangkakan berakhir pada pukul 10:30 malam.
Selamat malam kami ucapkan kepada pelajar-pelajar.Rehat secukupnya, moga hari esok lebih bersedia.
MPPB - Hari Pertama
Antara pelajar yang berjaya memasuki Kolej Matrikulasi Labuan adalah anak kepada salah seorang staf sokongan KML iaitu Pn. Hawaliza. Kegembiraan jelas kelihatan di wajah mereka. Tiada yang lebih bermakna bagi seorang ibu melainkan melihat kejayaan anaknya. Bersempena dengan sambutan Hari Ibu, KML mengucapkan tahniah kepada beliau. - 6:21 am
Pelbagai saiz bagasi dan beg yang dibawa oleh pelajar bagi melengkapkan segala keperluan mereka sepanjang pengajian di KML. - 07:26 am
Tempat menunggu yang disediakan khas untuk para ibubapa sementara menanti anak-anak mereka menyelesaikan proses pendaftaran. Terdapat beberapa gerai terletak bersebelahan dengan tempat menunggu yang dibuka untuk kemudahan mereka seperti gerai makanan, alatan keperluan, booth Celcom dan Maxis serta banyak lagi. - 7:35 am.
Di kalangan pelajar yang beratur untuk menunggu giliran mereka memasuki Dewan Mutiara seterusnya meneruskan proses pendaftaran. Barisan ini mengunjur panjang sehingga ke jalan raya utama. Disiplin yang dipamerkan oleh pelajar menunjukkan pelajar sudah bersedia untuk mengikut segala arahan yang diwartakan dalam peraturan kolej. - 7:45 am
Keadaan sebenar yang berlaku di hadapan pintu utama Dewan Mutiara yang memperlihatkan barisan pelajar yang beratur untuk mula mendaftarkan diri sebagai pelajar KML. Ini menunjukkan pelajar mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan MPPB 08. - 7:50 am
Pelajar lelaki dan pelajar perempuan pertama yang mula menjejakkan kaki ke Dewan Mutiara untuk proses pendaftaran yang berlangsung pada 11 Mei 2008. - 8:00 am.
Seorang pelajar yang khusyuk mendengar dan tenang sementara borang pendaftarannya disemak oleh pengawai yang bertugas. - 8:18 am
Kaunter semakan dokumen disediakan untuk memeriksa segala dokumen pelajar sebelum menuju ke kaunter yang lain. Ini adalah untuk memudahkan proses pendaftaran berjalan dengan lancar dan sistematik. - 8:21 am
Ketua Unit Perakaunan, Cik Haslina Binti Kamaruddin sempat meluangkan masa di kaunter semakan dan beliau sedang memegang Buku Program Matrikulasi Satu Tahun bagi sesi pengajian 2008/2009. - 8:26 am
Kaunter Khas untuk pengesahan dan kewarganegaraan yang terletak di salah satu sudut Dewan Mutiara berfungsi untuk mengesahkan segala dokumen pelajar. Ibubapa memerhatikan gerak geri anak-anak mereka dari luar cermin pintu dewan memandangkan mereka tidak dibenarkan memasuki dewan. - 8:27 am
Pengarah KML, En. Sawang @ Rizal Bin Amit turut meninjau keadaan semasa yang berlaku di Dewan Mutiara untuk proses pendaftaran di samping meluangkan masa untuk merakamkan situasi yang berlaku di dalam Dewan Mutiara. - 9:46 am
Berdasarkan tinjauan JK Dokumentasi sehingga pukul 12:00 tengahari, ramai pelajar memilih untuk datang melalui jalan laut iaitu dari jeti feri Menumbok, Sabah. - 12:15 pm
2 buah bas serta satu coaster disediakan di lapangan terbang dan terminal feri Antarabangsa Labuan untuk kemudahan ibubapa dan pelajar yang datang dari Sabah dan Sarawak. - 12.34 pm
Pengangkutan bas turut disediakan di lapangan terbang Labuan dan Terminal Feri Antarabangsa Labuan bagi memudahkan pelajar datang ke KML. - 1:00 pm
Bagi tahun 2008, kesemua pelajar KML telah ditetapkan supaya memakai kot biru agar gambar yang diambil untuk diletakkan di kad matrik seragam. – 2:41 pm
Pelajar beratur untuk mendapatkan salinan maklumat pendaftaran mereka. Sehingga pukul 2:49 petang, aliran proses cetakan berjalan lancar tanpa sebarang masalah teknikal. - 2:49 pm
Kelainan MPPB tahun ini adalah gambar pelajar yang diambil akan dimuat naik terus ke dalam sistem maklumat MIS. – 2:51 pm
Pegawai-pegawai yang bertugas di kaunter kewangan rata-ratanya berpuas hati dengan perjalanan pembayaran yuran pendaftaran pengajian. – 2:59 pm
Penyerahan slip kad matrik sementara pelajar di salah satu sudut Makmal Komputer. Selepas proses ini, para pelajar telah pun menyelesaikan proses pendaftaran mereka dan seterusnya bersedia untuk ke kolej kediaman masing-masing. - 3:41 pm
Barisan pegawai-pegawai yang bertugas di kaunter MIS (Matric Information System) untuk melengkapkan maklumat pelajar. - 3:54pm
Pelajar sedang menggunting kad matrik sementara sebagai pengenalan pelajar Kolej Matrikulasi Labuan sehingga kad matrik yang sebenar diedarkan kepada pelajar. Bagi sesi pengajian 2008/2009, KML mensasarkan untuk menyiapkan kad matrik kekal pelajar selewat-lewatnya dalam tempoh tujuh hari bekerja. – 4:08 pm
Warna baju yang dipilih pada tahun ini adalah biru gelap berbanding tahun lalu berwarna jingga. Manakala pengagihan baju adalah berdasarkan saiz yang diminta oleh pelajar. - 4:12 pm
Tepat pukul 4:30 petang semua kaunter pendaftaran ditutup. Bersambung esok harinya. (Gambar terakhir- Ehsan HEP KML)
Persediaan Akhir MPPB08
Perbincangan di kalangan Jawatankuasa Induk MPPB 2008 iaitu En. Mohd Othman Bin Yussoff, Tunku Rudy (AJK MIS), En. Saad Bin S. A Abbas (Ketua Jabatan Sains), En. Sawang @ Rizal Bin Amit (Pengarah KML) serta Cik Nor Azzaliza Binti Arob (Penolong Setiausaha 1 MPPB 08).
23 Jawatankuasa Induk sedang bertungkus-lumus membuat persediaan akhir dalam raptai penuh. Jawatankuasa yang diwujudkan terdiri daripada pensyarah, staf sokongan dan bekas pelajar KML.
Ahli jawatankuasa Penunjuk dan Pemandu Arah memulakan tugasan yang telah diberikan kepada mereka untuk meletakkan tanda arah di setiap kaunter yang telah ditetapkan. Penanda arah ini akan memudahkan pelajar menjalankan pendaftaran dengan lebih teratur dan sistematik.
Ketua Jabatan Sains En. Saad S. A Abbas sedang berbincang dengan beberapa pegawai pengurusan MPPB ’08 bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran di kaunter sambutan. Dijangkakan seramai hampir 3200 pelajar baru akan mula mendaftar bagi Program Matrikulasi Satu Tahun sesi pengajian 2008/2009.










































