Soalan tambahan dan latihan

July 1st, 2010

Klik pada soalan bagi SF017 (Semester 1) yang diinginkan:

Chapter 1: Physical Quantities and Measurements

Chapter 2: Kinematics of Linear Motion

Chapter 3:Force, Momentum and Impulse

Chapter 4:Work, Energy and Power

Chapter 5:Static

Chapter 6:Circular Motion

Chapter 7:Rotation Of A Rigid Body

SF017 past year examination question set

July 1st, 2010

All students be able to download the past year question for physics semester one. So that, students be able to try solving the question for preparation in final exam. Don’t waste your time for waiting at last time to prepare but to be the successful, all the preparation must be starting from now. Change your mind for do the best in your future. All question below in PDF format, click which question to try answer.

SF017 Question Set

SF017 1999/2000 Jan

SF017 1999/2000 Jun

SF017 2000/2001 Jan

SF017 2000/2001Jun

SF017 2001/2002 Mac

SF017 2002/2003

SF017 2003/2004

SF017 2004/2005

SF017 2005/2006

SF017 2006/2007

SF017 2007/2008 (new)

SF017 2008/2009

UPS SF017 Question Set

UPS SF017 2005/2006

UPS SF017 2006/2007

UPS SF017 2007/2008

UPS SF017 2008/2009

RoboWeek is coming…

March 3rd, 2010

Satu pertandingan akhir robotik akan berlangsung pada 7 Mac 2010 di Dewan Mutiara, Kolej Matrikulasi Labuan. Pertandingan ini merupakan satu aktiviti unit Fizik bagi memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar mengenai dunia robotik. Pada hari tersebut terdapat beberapa kumpulan yang terdiri daripada 3 orang ahli akan bersaing merekabentuk robot bagi menghadapi cabaran yang diberikan.

Selain itu, satu pertandingan mencipta video bertemakan robotik selama 60 + 5 saat telah diadakan antara kumpulan tutorial bagi pelajar Sains Fizikal. Video yang dihasilkan oleh setiap kumpulan tutorial akan dinilai dan video yang terbaik akan dinobatkan sebagai pemenang pada hari penutupan Roboweek.

Aturcara majlis pada 7 Mac 2010 akan bermula jam 2.00 petang di mana para peserta akan menunjukkan kehebatan robot ciptaan masing-masing dalam menghadapi cabaran yang diberikan. Majlis penutupan akan diadakan pada jam 8.00 malam. Semua hadirin dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

Motion of a charge in a uniform magnetic field

December 1st, 2009

Let’s come here to study about the motion of a charge in  a uniform magnetic field. Download this software and study about it.

Download by click here

PSPM Semester 1 : Gembira atau sedih?

November 25th, 2009

Pada hari ini jam 10.00 pagi, semua pelajar tidak kira sains hayat, fizikal dan akaun tidak sabar-sabar untuk mendapatkan keputusan peperiksaan PSPM Semester 1. Dewan mutiara menjadi tempat untuk mengedarkan transkrip peperiksaan kepada semua pelajar. Tidak dapat digambarkan betapa meriah, berdebar dan takut-takut untuk mendapatkan keputusan tersebut.

Apabila pintu dewan Mutiara dibuka, dengan tidak melengah masa pelajar terus menyerbu ke arah mentor masing-masing. Ketika inilah pelbagai suasana dapat dilihat.  Ada  yang menangis, ada yang melompat kegembiraan ada yang pilu, gembira dan pelbagai perasaan lagi wujud ketika ini.

Daripada khabar yang dirisik didapati pada kali ini seramai 230 pelajar yang memperolehi 4.0. Ini merupakan satu peningkatan dan hendaklah dikekalkan pada semester dua ini. Pihak physics2u.kml mengucapkan jutaan tahniah kepada pelajar yang berjaya memperolehi keputusan yang baik. Kepada pelajar yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa kerana anda masih ada satu lagi peluang untuk menebus kembali. Tingkatkan keazaman dan usaha supaya terus berjaya.

KML pasti boleh!!

SF027 Past-year and UPS questions

November 6th, 2009

All students now be able to download the past year and ups questions of semester two. Students should  be solving the all the questions for preparation in ups and final exam. Don’t waste your time for waiting at last time to prepare but to be the successful, all the preparation must be starting from now.  All question below in PDF format, click which question to try answer.

PSPM SF027 Question Set

SF027 1999/2000

SF027 1999/2000 Jan

SF027 2000/2001 Jan

SF027 2000/2001Jun

SF027 2001/2002 Mac

SF027 2002/2003

SF027 2003/2004

SF027 2004/2005

SF027 2005/2006

SF027 2006/2007

SF027 2007/2008

SF027 2008/2009

UPS SF027 Question Set

UPS SF027 2002/2003

UPS SF027 2004/2005

UPS SF027 2005/2006

UPS SF027 2006/2007

UPS SF027 2007/2008

UPS SF027 2008/2009

“Bienvenue” Semester 2

November 5th, 2009

Setelah menghadapi peperiksaan semester 1 dan kemudiannya bercuti hampir dua minggu, kini tibalah masanya untuk menghadapi semester yang baru iaitu Semester Dua. Semester yang baru ini dianggap mencabar kerana penyampaian dalam setiap subjek adalah baru kepada pelajar. Selain daripada itu, para pelajar perlu mengekalkan keputusan yang diperolehi pada semester 1. Oleh yang demikian, para pelajar perlu meningkatkan perjuangan dalam menghadapi apa jua cabaran yang bakal dilalui. Sebagai seorang pelajar, ambillah masa yang hanya tinggal beberapa bulan ini untuk mengapai cita-cita yang telah lama diimpikan. Jangan pula di minda hanya beranggapan belajar di matrikulasi hanya untuk lulus ke universiti atau sekadar cukup makan. Ini adalah SALAH. Teruskan usaha untuk berjaya dan tanamkan di hati anda azam dan semangat yang berterusan untuk lebih cemerlang.

Selamat Berjuang di Semester 2.. 2009/2010

Pelajar Fizikal pasti boleh!!!

Persediaan menghadapi peperiksaan…

July 4th, 2009

Ujian Pertengahan Semester 1 semakin hampir. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi pelajar perlu bersedia untuk menduduki ujian tersebut. Semua pelajar haruslah peka dengan ujian yang bakal diduduki oleh mereka. Ramai pelajar yang mula belajar atau mengulangkaji subjek yang akan didudukinya. Tidak kurang juga yang semakin rajin berjumpa pensyarah untuk minta penjelasan atau penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Sikap sebegini boleh dipuji namun suasana ini hanya akan berlaku jika peperiksaan semakin hampir.

Bagi pelajar fizikal jika ditanya masih ramai yang tidak dapat memahami sesuatu topik dengan baik dan memerlukan ulangkaji atau pemahaman yang lebih lagi. Ada juga yang memberitahu mereka masih tidak memahami topik yang pertama sedangkan buat masa sekarang kuliah atau tutorial berada pada topik yang ketujuh. Pelajar lebih suka menyimpan apa yang tidak diketahui oleh mereka daripada menyelesaikan masalah tersebut. Adakah disebabkan takut kepada pensyarah, malu untuk bertanya atau pelbagai lagi yang menyebabkan mereka tidak dapat memahami dengan baik.Perkara sebegini sepatutnya dielakkan supaya pelajar akan dapat belajar dengan lebih baik.

Cubalah lakukan perubahan daripada sekarang dan jangan ditunggu lagi yang akhirnya akan membawa kerugian pada diri sendiri. Setiap pelajar mempunyai kaedah pembelajarannya yang sendiri. Gunakanlah dengan sebaik mungkin untuk mencapai cita-cita anda.

UPS semakin hampir…

June 27th, 2009

Tentu ramai pelajar sedang mengira berapa banyak masa lagi kah yang tinggal untuk menghadapi UPS. Kalau dihitung dari saat ini hanya tinggal 22200 saat sahaja untuk belajar bersedia menghadapi peperiksaan. Itu pun jika pelajar menghitungnya namun masih ada pelajar yang tidak menyedari berapa lama lagi mereka akan menghadapi peperiksaan pertengahan semester bagi memperolehi 10% daripada keseluruhan. Mungkin jumlah markah tersebut sedikit namun perlu diingatkan yang sedikit itulah yang akan menentukan cemerlang atau tidak seseorang itu dan masih ramai pelajar yang tidak dapat memahami dengan baik apa yang mereka pelajari.

Mulai sekarang pelajar perlulah bersedia dengan lebih gigih dan gandakan lagi usaha yang anda lakukan supaya masa yang diperuntukkan hanya setahun di sini tidak menjadi sia-sia. Tiada guna lagi jika selepas mengetahui keputusan peperiksaan barulah kita hendak menyesal. Kalau diikutkan, masa yang ada selama setahun di matrikulasi hanya sekejap sahaja dan di sinilah yang akan menentukan masa depan anda.

Jangan bermain lagi dengan masa. Teruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang mungkin menjadi milik anda.

fizik..

June 7th, 2009

Mula-mula ingatkan fizik nie susah. Yelah masa kat sekolah menengah dulu bukannya suka sangat subjek ni. kat sekolah dulu setiap kali kelas fizik, time jugak lah kita nak ponteng. Sebab kita dah setkan mind kita yang fizik nie susah.

Bila datang kat KML nie, kelas yang diadakan bukan nya dapat escape. kedatangan akan mempengaruhi makah final. sekurang-kurang nya bila hal begini dah berlaku, dapat lah jugak kita tahu yang fizik nie tak lah susah yang kita sangkakan. rupa-rupanya besh jugak fizik nie kan ……

kalau sekarang nie kita dah masuk chapter 3, jadi sepatut nya chapter 1 dan chapter 2 kita dah master habis habisan. kalau student hayat nie gelaran skema dibagi, kita kenalah jadi student yang kreatif sikit. kalau nak belajar fizik bukan nya kena hafal sangat, cuma yang paling penting kita kenalah faham tentang konsep fizik itu sendiri.

so, fizik ni tak lah susah sangat. Yang paling penting kita kenalah buat banyak latihan dan ulangkaji…

sebarang komen dan perkongsian di alu-alukan……