| Perpustakaan Kehilangan 2 |
|
|
| Written by Perpustakaan | |
| Wednesday, 16 April 2008 | |
|
KML: 16 April 2008 - Dua orang pembantu perpustakaan secara rasminya meninggalkan Kolej Matrikulasi Labuan dengan membawa bersama seribu kenangan. Puan Dayang Musliha Binti Mohd. Ralbi berasa sedih meninggalkan KML tetapi lega kerana mulai hari ini, dia tidak lagi memendam rindu kepada suami tercinta yang bertugas di Kota Kinabalu. Puan Dayang yang telah berkhidmat di KML semenjak September 2004 akan memulakan tugasnya hari ini di Institut Perguruan Kent, Tuaran, Kota Kinabalu. Sementara itu Encik Mohd. Nasser bin Haji Ussain yang telah bertugas di KML semenjak Februari 2003 merakamkan setinggi-tinggi penghargaannya kepada pengarah KML yang menyokong perpindahannya ke Institrut Perguruan Gaya, Kota Kinabalu. Pada mulanya beliau memohon berpindah ke daerah kelahirannya di Semporna, Sabah tetapi memandangkan tiada kekosongan jawatan di situ, beliau cuma berjaya berpindah ke Kota Kinabalu. Baginya, pengalaman di KML akan membantunya melaksanakan tanggungjawab dengan lebih ikhlas di jabatan barunya. Majlis perpisahan encik Mohd. Nasser dan puan Dayang Musliha telah diadakan di Dewan Kuliah 2 pada 11 April 2008. Dalam majlis tersebut yang dihadiri oleh kira-kira 260 orang kakitangan KML, encik Mishad bin Saruji, Ketua Jabatan Matematik yang turut diraikan telah berucap mewakili staf yang akan berpindah. Encik Mishad mengingatkan kepada semua kakitangan yang masih berkhidmat di KML supaya meneruskan amalan-amalan yang baik dengan mematuhi dasar-dasar yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. "Sebarang amalan negatif yang kadang-kala timbul ekoran ketidakpuasan hati sesama kakitangan mahupun dengan pihak pengurusan perlulah dihindari demi menjaga keharmonian di tempat kerja." katanya sambil menambah bahawa beliau berpindah kerana inginkan waktu kerja yang lebih fleksibel iaitu antara jam 7:00 pagi hingga 3:00 petang. "Waktu fleksibel sebegini di sekolah akan memberi ruang kepada saya untuk beriadah." jelasnya. Encik Mishad bin Saruji akan berpindah dari KML ke S. M. K. Labuan, W. P. Labuan sempena hari pekerja iaitu pada 01 Mei 2008. Bagi kami di perpustakaan, secara ikhlas memohon maaf kepada Encik Mohd. Nasser, Puan Dayang Musliha dan Encik Mishad kerana dalam menjalankan tugas seharian, sudah tentu wujudnya sedikit perselisihan faham. Kenangkanlah kami dan KML kerana kesemua yang tuan/puan lalui di sini merupakan sebahagian daripada asam garam kehidupan. Selamat jalan dan selamat maju jaya.
Pautan: Permata Yang Hilang |
| < Prev | Next > |
|---|
Laman web ini dibangunkan oleh Jawatankuasa E-Access, Kolej Matrikulasi Labuan,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jalan OKK Daud, Merinding, Peti Surat 81375,
87027 Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia.





