pentadbir
𝗣𝗔𝗠𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗠𝗔𝗧𝗘𝗠𝗔𝗧𝗜𝗞 & 𝗦𝗔𝗜𝗡𝗦 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗨𝗧𝗘𝗥, 𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗠𝗔𝗧𝗥𝗜𝗞𝗨𝗟𝗔𝗦𝗜 𝗟𝗔𝗕𝗨𝗔𝗡

𝟬𝟰 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂) | 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗠𝘂𝘁𝗶𝗮𝗿𝗮, 𝗞𝗼𝗹𝗲𝗷 𝗠𝗮𝘁𝗿𝗶𝗸𝘂𝗹𝗮𝘀𝗶 𝗟𝗮𝗯𝘂𝗮𝗻 (𝗞𝗠𝗟)
𝗝𝗨𝗣𝗘𝗠 𝗪.𝗣. 𝗟𝗮𝗯𝘂𝗮𝗻 telah dijemput untuk mengadakan pameran sempena dengan Karnival Matematik & Sains Komputer di Kolej Matrikulasi Labuan pada 04 April 2026 bertempat di Dewan Mutiara, KML.
Pasukan pempamer daripada JUPEM W.P. Labuan telah diketuai oleh Juruukur Daerah, Encik Azlie bin Arshad yang telah mempamerkan peralatan ukur terkini yang selalu digunakan dalam aktiviti pengukuran (Pengukuran Tanah, Pengukuran Aktiviti Pemetaan & Astronomi). Selain daripada peralatan, pasukan pempamer juga telah mempamerkan produk-produk yang dihasilkan oleh JUPEM W.P. Labuan seperti Pelan Akui dan produk pemetaan disamping berkongsi aplikasi MyLot dan MyKiblat kepada pengunjung.
Selain pelajar, pameran ini juga telah berjaya menambat hati di kalangan pensyarah, kakitangan Kolej Matrikulasi dan orang awam yang hadir untuk ingin mengetahui lebih lagi tentang fungsi JUPEM serta peralatan-peralatan yang digunakan. Program seperti ini merupakan satu platform yang sangat baik bagi mempromosikan JUPEM kepada masyarakat.





