BENGKEL PENULISAN DOKUMEN RASMI
BENGKEL PENULISAN DOKUMEN RASMI
Bengkel Penulisan Dokumen Rasmi telah berjaya dilaksanakan pada hari Jumaat, 13 Mac 2026, dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang bertempat di Dewan Kuliah 2. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Takwim dan Tugas-tugas Khas.
Bengkel ini melibatkan penyertaan dalam kalangan pensyarah dan staf dengan kehadiran sekitar 90 orang peserta. Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penulisan dokumen rasmi serta memberi pendedahan kepada peserta mengenai format penulisan yang betul. Selain itu, bengkel ini turut memberi fokus kepada penulisan minit mesyuarat mengikut format Institut Aminuddin Baki (IAB) serta pendedahan kepada penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam penulisan.

Program ini menampilkan dua orang penceramah iaitu Encik Muhammad Naqib Zakwan bin Ahmad Shokhaily, Munsyi Muda merangkap Ketua Unit, Unit Pengajian Am Matrikulasi, dan Tuan Hasnul Hadi bin Sariman, Pengarah Kolej. Slot pertama telah disampaikan oleh Muhammad Naqib Zakwan yang memberi penekanan kepada pengurusan memo dan surat rasmi. Slot kedua pula dikendalikan oleh Hasnul Hadi yang memfokuskan kepada pengurusan minit mesyuarat.
Sepanjang bengkel berlangsung, peserta telah mengikuti sesi ceramah serta sesi soal jawab yang interaktif. Para peserta juga diberi peluang untuk memahami secara praktikal kaedah penulisan dokumen rasmi yang tepat dan berkesan.
Hasil daripada bengkel ini, peserta didapati lebih memahami format penulisan surat rasmi dan minit mesyuarat dengan lebih sistematik. Selain itu, kemahiran penulisan dalam kalangan peserta turut menunjukkan peningkatan, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penggunaan AI sebagai alat sokongan dalam penulisan.