NOTIS MAKLUMAN : PENUTUPAN SEMENTARA KAFETARIA PELAJAR KML
Kepada Semua Pelajar Baharu dan Ibu Bapa/Penjaga,
Selamat datang ke Kolej Matrikulasi Labuan (KML)
Pihak pengurusan kolej ingin memaklumkan bahawa Kafetaria Pelajar KML kini sedang menjalani kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf demi keselesaan jangka panjang para pelajar. Oleh itu, kafetaria tersebut tidak dapat beroperasi sehingga akhir bulan Jun 2026.
Bagi memastikan urusan pendaftaran dan kebajikan pelajar sepanjang Minggu Pengurusan Pelajar Baharu berjalan lancar, pihak kolej telah menyediakan 14 Lot gerai jualan di parkir berbumbung Menara Pentadbiran.
Pihak kolej memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Pihak kami amat menghargai kerjasama dan kefahaman daripada pihak tuan/puan.
Sekian, terima kasih. Selamat mendaftar!
Pengurusan
Kolej Matrikulasi Labuan
1 Jun 2026