Skip to main content

Berita

  pentadbir

PROGRAM JAULAH RAMADAN KOMUNITI KPM KE KOLEJ MATRIKULASI LABUAN


LAPORAN RINGKAS PROGRAM JAULAH RAMADAN KOMUNITI KPM KE KOLEJ MATRIKULASI LABUAN

πŸ“… Tarikh: 6 Mac 2026 (Jumaat)
πŸ“ Tempat: Surau Al-Irfan, Kolej Matrikulasi Labuan
πŸ•’ Masa: 6.30 petang – 10.30 malam

πŸ”Ή Program telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ahmad Suhaimi bin Endut, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPM, En. Azman bin Abd Karim, Pengarah Bahagian Matrikulasi, En. Ahmad Lutfi Abu Bakar, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Islam dan pegawai-pegawai daripada KPM. Turut hadir bersama Pengarah Jabatan Pendidikan W.P Labuan, En. Yahya bin Ahmad Puteh, pegawai-pegawai daripada JPWPL, pihak pengurusan kolej, pensyarah, staf serta pelajar Kolej Matrikulasi Labuan.

jaulah

πŸ”Ή Antara pengisian program ialah solat Isyak dan tarawih berjemaah, ucapan alu-aluan Pengarah KML, En. Hasnul Hadi bin Haji Sariman, sesi Bicara Santai bersama tetamu kehormat, jamuan moreh serta penyerahan sumbangan duit raya daripada Yayasan Didik Negara kepada 50 orang pelajar asnaf KML.

jaulah2
jaulah4

πŸ”Ή Program berjalan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada warga kolej.