KAMI WARGA KOLEJ MATRIKULASI LABUAN DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK :
- Merancang, mengendali dan menyelia segala aktiviti dan program yang ditetapkan oleh Bahagian Matrikulasi dengan cekap dan teratur.
- Memastikan semua pelajar menamatkan pengajian dengan PNGK tidak kurang 2.0.
- Memastikan bagi setiap mata pelajaran pengkhususan, sekurang-kurangnya 20% pelajar menamatkan setiap semester dengan pencapaian cemerlang.
- Melahirkan pelajar yang berilmu dan berketrampilan, beramal, berpekerti mulia, kreatif serta bersikap positif bagi membolehkan mereka bersedia sepenuhnya sebagai mahasiswa / mahasiswi universiti.
- Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif serta terbuka, mesra dan sentiasa prihatin terhadap pelajar.
- Menyediakan kemudahan-kemudahan kediaman yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan pengalaman perkhidmatan penyayang.
- Memberi khidmat nasihat, bimbingan, kaunseling dan kerjaya dalam profesion dan gaya hidup secara jujur, bertanggungjawab serta berpandukan kepercayaan kepada Tuhan.
- Memberi perkhidmatan pusat sumber dalam bentuk pinjaman, perundingan dan penghasilan media pendidikan kepada seluruh warga dengan mesra dan berkualiti.
- Menyumbangkan khidmat kepakaran kepada pelanggan yang memerlukan.
- Berusaha mengamalkan budaya kerja berkualiti dan permuafakatan yang mantap.