Skip to main content

Berita

  pentadbir

Program Kecemerlangan Akademik Biologi SES Semester 1 Sesi 2025/2026


Program Kecemerlangan Akademik Biologi SES Semester 1 Sesi 2025/2026

Gambar Discussion 1

Program Kecemerlangan Akademik (PKA) Biology SES Semester 1 Sesi 2025/2026 telah dilaksanakan sebagai inisiatif untuk meningkatkan penguasaan pelajar SES Modul I dan Modul III terhadap konsep-konsep penting dalam kursus Biologi DB014. Program ini merangkumi dua komponen utama, iaitu BioBuddies 1.0 dan BioStorm 1.0 yang dirancang secara berstruktur bagi membantu pelajar mengukuhkan pemahaman mereka melalui sesi perbincangan dan penilaian berterusan.

Gambar Discussion 2

BioBuddies 1.0 dijalankan sebanyak empat kali sepanjang semester. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada 5 hingga 6 orang bagi menggalakkan perbincangan aktif dan pembelajaran kolaboratif. Setiap sesi memberi tumpuan kepada topik tertentu seperti berikut:

  • Sesi 1: Topik 3 dan 4
  • Sesi 2: Topik 5
  • Sesi 3: Topik 6 dan 7
  • Sesi 4: Topik 8 dan 9

Pelaksanaan setiap sesi adalah fleksibel mengikut ketetapan mentor, namun tetap perlu diselesaikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Program BioBuddies dijalankan pada minggu-minggu genap, memberi ruang kepada pelajar untuk membuat persediaan awal sebelum penilaian melalui BioStorm.

BioStorm 1.0 turut dijalankan sebanyak empat kali, selari dengan bilangan sesi BioBuddies. Berbeza dengan BioBuddies, BioStorm berfungsi sebagai sesi kuiz yang menguji kefahaman pelajar terhadap topik yang telah dibincangkan dalam sesi sebelumnya. Program ini dilaksanakan pada minggu ganjil, memastikan pelajar dapat menilai tahap penguasaan mereka secara berkala.

Di penghujung semester, kejayaan dan komitmen pelajar sepanjang penyertaan dalam Program PKA diraikan melalui majlis penyampaian hadiah, yang disempurnakan oleh Ketua Unit Biologi. Majlis ini bertujuan menghargai usaha dan pencapaian pelajar serta menyuntik motivasi untuk mengekalkan kecemerlangan.

Gambar Penyampaian Hadiah 1

Gambar Penyampaian Hadiah 2

Program PKA ini telah dirancang dan dilaksanakan dengan tumpuan yang jelas iaitu, meningkatkan kefahaman pelajar terhadap topik biologi melalui perbincangan berstruktur (BioBuddies) dan kuiz susulan (BioStorm), serta memperkukuh penguasaan pelajar dalam topik-topik terpenting. Dengan pendekatan ini, program ini bukan sahaja memupuk pemikiran kritikal dan kolaboratif, tetapi juga memberi peluang untuk pelajar menilai dan memperbaiki kelemahan mereka secara berterusan.

Secara rumusannya, melalui komitmen dan penyertaan aktif dalam program ini, diharapkan pelajar dapat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan Biologi DB014, sekaligus menyumbang kepada kejayaan akademik keseluruhan dan meningkatkan keyakinan mereka dalam menghadapi cabaran akademik pada masa akan datang.