Taklimat Promosi Program Pelajar Cemerlang (PPC) Berlangsung Dengan Jayanya
Taklimat Promosi Program Pelajar Cemerlang (PPC) Berlangsung Dengan Jayanya
Sesi Taklimat Promosi Program Pelajar Cemerlang (PPC) yang berlangsung pada 17 Januari di Dewan Mutiara bermula jam 2.30 petang telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 150 orang peserta.
Objektif utama penganjuran program ini adalah bagi memperkenalkan dan mempromosikan Program Pelajar Cemerlang (PPC) di Bawah Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (SLTPPM) kepada pelajar Kolej Matrikulasi Labuan. Selain itu, program ini bertujuan memberikan taklimat yang komprehensif kepada para peserta mengenai pelaksanaan, keperluan, serta prosedur permohonan program.
Program dimulakan dengan Slot 1, iaitu penerangan berkaitan Ujian Kecergasan Fizikal yang telah disampaikan oleh Encik Mahamad Yusof bin Abdul Rani. Slot ini bertujuan untuk memberikan penerangan berhubung kaedah penilaian, keperluan ujian serta persediaan yang perlu dibuat oleh para peserta sebelum menduduki ujian tersebut.

Seterusnya, Slot 2 diteruskan dengan penerangan terperinci berkaitan proses permohonan Program Pelajar Cemerlang (PPC) oleh Puan Norhawana binti Mohd Nor, yang merangkumi syarat kelayakan, tatacara serta langkah-langkah permohonan yang perlu dipatuhi oleh calon.

Program diakhiri dengan sesi soal jawab bersama fasilitator yang terdiri daripada pensyarah bagi setiap subjek. Sesi ini memberi peluang kepada para peserta untuk mengemukakan soalan serta mendapatkan penjelasan lanjut, sekali gus meningkatkan tahap kefahaman dan keyakinan mereka terhadap pelaksanaan program ini.


Secara keseluruhannya, sesi taklimat ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta, sekali gus mencerminkan minat yang tinggi terhadap pelaksanaan Program Pelajar Cemerlang.