Skip to main content

Laporan Kejayaan

  pentadbir

MAJLIS JEJAK GEMILANG PSPM SEMESTER I dan III


jejak gemilang2
Kolej Matrikulasi Labuan Rai 536 Pelajar Cemerlang PSPM, 4 Terima MUET Band 5

LABUAN, 28 Februari 2026 — Seramai 535 pelajar diraikan dalam Majlis Jejak Gemilang PSPM Semester I dan III anjuran Kolej Matrikulasi Labuan yang berlangsung di dewan utama kolej itu, petang tadi.
jejak gemilang4

Majlis berkenaan diadakan bagi menghargai pencapaian akademik pelajar dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) serta menyemarakkan budaya kecemerlangan dalam kalangan warga kolej. Daripada jumlah tersebut, empat pelajar turut menerima pengiktirafan khas apabila berjaya memperoleh MUET Band 5.

jejak gemilang1
Penyampaian sijil disempurnakan oleh Pengarah kolej, Hasnul Hadi Bin Haji Sariman, sebagai simbol penghargaan terhadap usaha gigih, disiplin serta komitmen akademik yang ditunjukkan sepanjang Semester I dan III.

jejak gemilang
Antara yang mencuri tumpuan ialah mantan pelajar Sekolah Menengah (SM) Ken Hwa Keningau, Anne Mercy Victor Julius, yang berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Kejayaannya bukan sahaja membanggakan keluarga dan daerah asal di Keningau, malah menjadi inspirasi kepada rakan-rakan untuk terus melakar kejayaan.

jejak gemilang6
Majlis yang menghimpunkan barisan pensyarah, pegawai akademik dan pelajar itu turut memperkukuh semangat sinergi serta kebersamaan komuniti kolej, selaras dengan komitmen institusi dalam melahirkan generasi pelajar berdaya saing, berintegriti dan bersedia menghadapi cabaran pendidikan tinggi.