pentadbir
Program Kecemerlangan Akademik SDS Unit Biologi Semester 1, Sesi 2025/2026

Unit Biologi, Jabatan Sains, telah melaksanakan beberapa inisiatif di bawah Program Kecemerlangan Akademik (PKA) SDS sepanjang Semester 1, Sesi 2025/2026. Programprogram ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar serta membentuk kemahiran insaniah yang seimbang dalam kalangan pelajar Modul 1 dan Modul 3, KML. Antara program yang telah dijalankan adalah Biologist Budding Gang (BBG) di mana pelajar bertindak sebagai mentor dan mentee dalam sesi pembelajaran berfokus. Pelaksanaan adalah secara fleksibel oleh para mentor pada waktu lapang masing-masing dalam tempoh masa yang ditetapkan di bawah pemantauan pensyarah. Tiga sesi utama telah dijalankan dengan menumpukan kepada Topik 4, 6 dan 7. Melalui program ini, pelajar bukan sahaja dapat memperkukuh kefahaman akademik, malah turut dapat menerapkan nilai tanggungjawab, kepimpinan, komunikasi berkesan, serta pengurusan masa yang sistematik.

Selain itu, program Learn or Lose (LOL) pula merupakan aktiviti penilaian yang dijalankan selepas setiap sesi BBG bagi menilai kefahaman pelajar terhadap topik yang telah dibincangkan. Hasil daripada penilaian ini, ia dapat membantu pensyarah mengenal pasti tahap penguasaan pelajar serta menambah baik pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk topik-topik yang seterusnya. Pada akhir semester, pencapaian pelajar dalam program LOL telah diraikan dalam satu majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Ketua Unit Biologi, Encik Masrizan Bin Abdul Patah.

Sebagai penutup kepada siri Program Kecemerlangan Akademik (PKA) SDS, Unit Biologi turut menganjurkan Program What The Cell?!, iaitu malam konsultasi besar-besaran bersama pensyarah. Program ini bertujuan memberi peluang kepada para pelajar untuk mendapatkan bimbingan secara langsung daripada pensyarah bagi menyelesaikan kekeliruan konsep serta mengukuhkan kefahaman menjelang peperiksaan akhir. Secara keseluruhannya, Program Kecemerlangan Akademik (PKA) SDS mendapat sambutan dan penglibatan pelajar serta pensyarah yang aktif. Kedua-dua pihak menunjukkan komitmen yang padu bersama ke arah mencapai kecemerlangan akademik. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada semester akan datang bagi memapankan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar seiring dengan aspirasi Kolej Matrikulasi Labuan.